Wednesday, 27 November 2013

Review collagen plus vit e cream

Hai korang!

Akhirnya i jumpa produk kecantikan yang sangat sesuai dan berkesan untuk i.
Memula tu i plan nak beli produk lain tapi lepas diyakinkan oleh bff,sepupu dan biras i yang produk ni best..so i trylah.
Even mak cik i pun guna tau.
Haip diaorang ni guna produk best bukan nak share!

Apakah produk yang dimaksudkan?
Hah...jawapannya ialah collagen plus vitamin e cream. I beli satu set dan setiap set mengandungi sabun pencuci muka,krim siang dan krim malam. Boleh digunakan untuk 2-3 bulan.

Ini testimoni i sendiri setelah menggunakan collagen plus vit e selama sebulan.

Hasilnya kulit i lebih licin,lembab dan paling penting...kulit i dah tak kusam lagi!
I dah tak payah guna bedak lagi sebab kulit i dah tak pucat macam dulu. Hoyeah!
Bintik hitam dan putih berkurangan.

(Gambar kat bawah tu beza i guna set ni untuk sebulan)

Keburukan set collagen plus vit e ni bagi i cuma satu jer. Dia buat kulit i cerah. Taklah putih melepak tapi i cerah sikit la. I lebih suka kalau kulit i tan sikit. =.=

Sesuai tak untuk pregnant lady?
I tak kata tak sesuai tapi seperti yang kita sedia maklum,perempuan mengandung tak digalakkan mengambil apa-apa produk kecantikan. Takut effect baby.

Kulit mengelupas tak?
Hmm..untuk kulit i,langsung tak mengelupas.

Kalau stop pakai,kulit jadi buruk tak?
Hah...jawapan i..tak! Contoh terdekat..i sendirilah. Ko ingat aku gigih nak menepek krim setiap hari? Errr..memang tak arr. Selalu pakai bila ingat je..lagi-lagi krim malam.

Sesuai untuk semula jenis kulit tak?
I jenis kulit kering. Bff i pulak jenis kulit oily dan banyak parut jerawat. Dan set ni berkesan untuk kami berdua.

Krim ni banyak chemical tak?
Of course la sayang. Semua produk kecantikan macam krim muka losyen shampoo..semua tu mengandungi bahan kimia. Tapi satu je i boleh cakap. Dari pengalaman i dan kawan i serta kazen i yang guna produk ni,semuanya ok. Takde apa pun.

Ada produk tiruan tak?
Ada. So kalau nak beli tu kena hati-hati tau. Yang i tau,kalau fake punya, ada 3 cara nak kesan.

Penutup krim tiruan warna pink tu lebih light dari yang original.
Krim siang yang tiruan lebih berminyak dari yang asal.
Krim malam yang tiruan lebih gelap dari yang asal.
Cetakan pada sabun yang tiruan tak timbul seperti yang asal.

(Korang boleh google untuk tengok perbezaan asal dan palsu ok)

Nasihat i,beli collagen plus vit e ni dari orang yang boleh dipercayai. Jangan tertipu. Nanti kang kulit tu rosak..acaner?

Itulah review i. Apa yang i boleh cakap..set ni sesuai untuk i. Kalau korang guna..jangan pulak fikir kulit boleh jadi halus mulus dalam masa seminggu kalau asalnya kulit tu sangat bermasalah. Ini bukan krim magic hokey..

Sebagai tambahan,korang boleh makan supplemen vitamin e dan vitamin c shaklee gak. Hah,tu pun elok untuk kulit.

Ini bukan review berbayar. I tak dapat apa pun dari review ni. Saja nak share something yang best jer. ♥