Wednesday, 6 November 2013

Mengatasi masalah harga barang yang naik

Hai.
Tadi ada mimi (mama rafif) post kat fb pasal belanja bulanan.
Jadi tetiba rasa rajin nak buat entri.
Sekarang barang banyak dah mahal gila kan?
Contoh..dulu minyak kereta,RM50 boleh full tank.
Sekarang RM75. Nampak tak beza RM15 kat situ?
Belum lagi barang dapur sume.
Semua dah naikkkkk!

Jadi apa yang i buat?

Tukar pampers rissa.
Dari lahir,rissa guna mamypoko sepanjang hari. Pasni ingat nak guna drypers untuk siang,mamypoko untuk malam.

Tukar skincare.
Dulu i guna mary kay. Sekarang guna produk lain yang jauh lagi murah. RM35 jer merangkumi krim siang dan malam dan pencuci muka..hasilnya,sama jugak muka aku gitu. Takde beza apa pun. Sama jugak cantik. Eh?

Kurangkan makan di luar.
Aah. Bila kurang makan luar,duit save sangat. Tapi i make sure..dalam sebulan tu ada sekali makan kat luar. Sebab i kesian kat rissa. I tak nak nanti budak tu tak biasa makan kat luar.

Pam minyak di shell.
Rara ada buat entri pasal petrol ni. Dia kata kalau pam kat shell...lagi jimat berbanding di tempat lain. Jadi i ikut cakap rara...i pam minyak di shell. Lebih kilometer katanya...

Beli barang bila ada sale sahaja.
I selalu beli barang dapur di UO. Barang kat situ murah berbanding giant dan tesco. So i memang beli barang kering kat situ. Cuma,dia akan buat member day setiap hujung bulan..so kena bijaklah. Beli masa hujung bulan..jangan mengada nak beli tengah bulan.

Kurangkan beli baju anak.
Erk, ok fine. =.=

Beli barang yang bersaiz besar.
Hah...yang ni i dah lama praktikkan. Ada orang suka beli minyak masak botol kecik sedangkan kalau beli botol besar..lagi murah. Sama gak macam pencuci pinggan. Beli yang botol paling besar tu,boleh guna sampai 3-4 bulan tau.

Pastu benda yang ada refill macam pencuci baju semua tu,beli jer refill. Lagi jimat.

Guna astro value pack jer.
Sekarang i melanggan astro super pack. Lepas naik harga ni,astro jadi RM150 gitu...fuh! Kalau value pack tu..RM70 lebih jer. Tapi asben nak tengok sport..i nak ada pvr...acaner...huwaaaa..

So far itu jer kot yang i boleh buat. Oklah..nak balik dah. Bye.. :)