Monday, 4 November 2013

Gigi tia clarissa

Hai.
Rissa start tumbuh gigi masa dia 10 bulan.
Gigi pertama dia adalah gigi bawah,sebelah kiri. Pastu kanan.
Diikuti dengan gigi atas sebelah kiri,pastu kanan..
Pastu dalam dua minggu lepas,gigi dia yang kat atas tu..dua lagi tumbuh.
Hah,sejak ada enam batang gigi ni,dia rajin menggigit tau.
Masa bf tu,kekadang dia gigit sampai i luka.
Pedih.
Sampai sekarang ni masih rasa pedih.
Dia selalu gigit time malam,waktu tido.
Mau tak aku terjerit malam-malam buta?
Tapi dia tak sengaja,i tahu.
Sebab kalau dia sedar,dia tak buat.
Cuma tulah..sian dia sebab gusi dia gatal.
Asyik gigit jari sendiri jer.
I pun konpius,dia ni rasa sakit ke tak...
Tapi kekadang i marah jugak!
Cakap nooooo!!!!
Sakit wei..
Ada sekali i pukul tangan dia.
Yang kesian,dia pegi pukul tangan dia sendiri.
Hai lah anak....mama minta maaf.
Nasib baik anak-anak ni pemaaf kan..
Walaupun mama dia marah,tapi dia tetap gak nak mama.
:(
Camna i cuci gigi rissa?
I selalu bersihkan guna kain bersih je.
Tu pun selalu dia ngap tangan maknya ni.
Oh ya,gigi rissa macam ada jarak jer kat tengah tu.
Risau pulak i.
Dear gigi,please tumbuh dengan cantik ye..
Sian anak dara i nanti.
Okbai...