Tuesday, 19 November 2013

Bila anak sudah pandai meminta-minta

Hai.

Sekarang i busy. Banyak keje.
Memang susah sangat nak blogwalking.
Nak 'berwhatappwalking' kat group whatapps pun dah jenuh. Hehe..
Ok terus kepada tajuk.

Dari kecik,rissa bukan seorang budak yang suka minta apa-apa.
Dia tak pernah minta susu,tak pernah minta makan..
Ohh..dia cuma selalu minta didukung jer. =.=
Bukanlah sebab dia baik giler tapi sebab apa yang dia perlukan tu disedia depan dia even sebelum dia minta.
Itu dulu ye.. itu dulu..

Sekarang..di usia setahun satu bulan..budak ni dah pandai minta barang weiii..

Kalau tengok hp i,dia mulalah cakap..ber ber ball (itu lagu kat phonic song yang dia suka tengok). Bila dia cakap gitu..hah..itu maknanya dia nak tengok hp. Nak tengok flash card animal dalam tu. Selagi tak dibagi,dia merengek.

Aritu pegi zoo,dia tengok kolam air yang tempat orang berdayung sampan,dia tunjuk kat kolam. I ingat dia nak tengok bird kat tu. Bila dibawa dekat,dia lembikkan badan nak turun pastu goyang-goyang kaki. SEBAB DIA INGAT TU SWIMMING POOL! Haih.

*gambar yang nenek dia tengah dukung rissa ni adalah time dia nak lembikkan badan

Pastu bila pegi giant,dia tunjuk belon. Sambil cakap fish. Sebab dia nampak belon ada gambar nemo. I ingat dia nak pegi tengok jer. So i pun bawa dia pegang belon tu. Bila dah sudah, i cakaplah...

Ok girl. Go home. Bye-bye fish. (sambil nak letak belon tu semula di tempat asal)

Kau ingat dia rela hati bagi mak dia belon tu macam masa dia masih kecik dulu? Takkkkk..dia pegang belon tu kuat-kuat sambil cakap fish fish..

Walaupun i tau yang rissa banyak kenal animal,tapi bila dia cakap tu,i masih kagum dan macam nak cakap...ohhh hebatnya. Pandainya. So dah sah-sahlah hati i ni cair dan belikan jugak belon tu walaupun-belon-tu-kecik-tapi-rege-RM8-huh-mahal-nak-mampus-syukurlah-malaysia-masih-aman. Pffft! *sila baca ayat tersebut dengan senafas sahaja.

Lepaa ni nak ajar rissa cakap samsung note 3 kat papa dia. Kotlah papa dia terbuka hati nak beli. Bolehlah mama tumpang sekali ye dok.. ♥♥♥