Wednesday, 13 November 2013

28 things about you

I taip entry ni sambil dengar cd yang dia bagi masa kami masih couple dulu. Tetiba rasa jatuh cinta sekali lagi. Ewww...poyo jer. Ahh tak kira. Nak jugak letak something pasal si dia..
1. Dia jenis yang sangat bertanggungjawab. Sangat! Apa-apa tugas kau bagi kat dia,kau jangan risau. Sebab dia memang akan selesaikan tugas tu dengan sebaik mungkin..walaupun itu mungkin akan menyebabkan dia penat tak cukup tido tak cukup rehat....dia akan buat juga.
2. Garang. Tapi hanya pada masa-masa tertentu dan hanya orang yang bertuah jer boleh tengok kegarangan dia. Orang bertuah tu tentulah isteri dia yang gojes ni. Iols memang sangat terer buat dia marah. Even mak dia pun tak tahu yang anak dia garang.
3. Ini cliche' tapi dia ada di sana tiapkali diperlukan. I jarang break down. Tapi ada sesekali..contohnya masa datuk i sakit tenat aritu,i menangis teruk gila dan dia ada untuk pujuk i. Dia adalah a shoulder for me to cry on.
4. Kreatif. Dia pernah bagi i lukisan potret i. Kagum sangat even dia cakap dia spend almost seminggu nak lukis.
5. Dia suka kutuk i. Haha. Kutuk i ni bengong,suka cakap merapu..ahaha..tapi i tak kisah pun sebab i kami memang suka kutuk each other.
6. I ada masalah menentukan yang mana satu kiri dan mana satu kanan dengan betul. Dan dia boleh terima kekurangan i yang tu seadanya. Kau bayangkan tengah drive pastu tanya kat pasangan kau... sayang,kat mana kedai yang awak cakap? Pastu pasangan kau akan sama ada..
a. Jawab..ada kat sana tu. Kat kiri. Belok kiri!! -sambil tangan tunjuk kanan-
b. Diam sambil fikir mana satu kiri dan kanan pastu kau tunggu dia habis fikir sampai kau dah terlepas simpang kiri dan kanan dan kau kena u-turn kat depan. =.=
Ok,sila bayangkan betapa annoying gila i ni.
7. Dulu,i sangat suka merungut. Dia tak suka. Dan i berjaya kurangkan 80% perangai i tu dengan diam. Sebab tu instead of seorang yang banyak cakap,i jadi seorang yang malas bercakap.
8. Dia boleh terima kenyataan bahawa lepas dia cakap panjang lebar kat i dan respon i cuma diam. Bila dia tanya kenapa diam? I jawab.. sayang tak ada benda yang elok untuk disebut.
*kami penat nak bergaduh over little things so ya,kami jumpa konsep kalau takde benda yang elok untuk diucapkan,baik diam*
9. Tiap malam,dia tolong buat susu rissa.  :')
10. Dia sangat freak out kalau i drive dan dia duduk di bahagian penumpang. Dan ianya bukan sebab i drive laju tapi sebab i drive sangat slow,pastu bila dia cakap belok kanan..... (sila refer nombor 6 di atas)
11. Dia suka hitam dan putih.
12. Dia suka samakan i dengan akak pink dan i akan dengan bangga jawab...kalau saya macam dia,awak patut bersyukur tau tak? Sebab dia pandai simpan duit. Nanti awak tunggu umur saya macam dia....saya beli cincin juta-juta. Padahal i collect coins je tiap ari. Nak cecah seratus pun susah,apatah lagi nak cecah juta. Pffff!
*sila jangan buat-buat tak tau akak pink tu sape*
13. Dia tak suka running man dan i sukaaaaaa running man. Huwaaaa...kenapa sayang? Tell me why. -sambil hentak kaki-
14. I suka tengok csi. I rakam csi ny dan csi biasa dalam pvr astro tau. Csi miami i kureng sebab tak suka horatio. Dan dia asyik tanya...kenapa awak tengok ulangan? Tak pun,kenapa cerita ni tak pernah habis?
Grrrr! Penat i nak explain. Ini bukan ulangan. Ini cerita lain cuma pelakon dia sama. Dan ini bukan drama bersiri yang ada last episod bagai. *csi new york dah final season.sobs*
15. Dia sanggup teman i tengok cerita hantu.
16. Dia rajin tengok rancangan/movie yang i belum/takde masa nak tengok pastu dia akan cerita kat i pasal rancangan tu.
17. Dia suka asam pedas yang i masak.
18. Dia lagi pandai masak dari i.
19. Dia minat sukan. Sekarang,obsesi dia ialah gym. Dan dia selalu usaha supaya i pun minat sukan. Please ok sayang.....saya dan sukan ibarat....ewwww..i nak taip sukan pun sukar tau tak?
20. Rissa sangat sukakan papa dia. Sangat. Rissa cari papa tiap masa. Dan dia suka buli rissa. Sian i tengok rissa tu terjerit-jerit kena buli.
21. I start kontraksi yang kaw-kaw punya dari pukul 2 petang sebab masa tu doc pecahkan air ketuban dan masukkan induce kat i. I bersalin 12 tengah malam. Dia ada di sisi i sepanjang waktu tu. Langsung tak makan,tak tido,tak rehat.
22. Kami suka masterchef US. Wajib tengok tiap minggu.
23. Dia bukan jenis kaki lepak. Langsung tak pernah pegi melepak kedai mamak malam-malam tengok bola. Ini something yang i sangat appreciate sebab i pun tak faham konsep orang laki ni suka lepak kedai mamak.
24. Dia tak merokok.
25. Dia suka belasah i. Oh..bukan belasah time gaduh sampai i lebam bagai tu. No,dia tak pernah pukul i. Tapi lebih kepada belasah main-main. Dia cekik i,i tendang dia. Cam bebudak bergusti. Wakaka. Sebab tu i kuat. Jangan cari pasal,nanti aku tumbuk!
26. Punctual. Dia jenis menepati masa.
27. Walaupun kebanyakan lelaki minat bola,tapi dia tak minat sangat pun. Dia tak fanatik bola. Tapi bila ada perlawanan best,dia tengok gak ar. Cuma taklah sampai sanggup ambik mc semata-mata nak tengok bola.
28. Hah,yang terakhir! Fuh...sepanjang 8 tahun i kenal dia..kami pernah bekerja bersama selama 2 tahun..selama tu dia langsung TAK PERNAH AMBIL MC ATAU EL. Tak pernah hokay? Tak,bukan bermakna dia tak pernah sakit tapi i pun tak tahu kenapa dia tak nak ambil mc. Even kalau dia sakit,dia sanggup pegi klinik masa off day sebab dia tak nak minta cuti sakit. Ok..sekali jer dia terpaksa EL iaitu masa i nak bersalin. Itu pun dia dah gelisah cakap..aduh macam mana ni saya kena kerja?
Dan dia jugak tak pernah keluar ofis masa kerja atau balik awal. Langsung!
Serius. I sanggup terjun parit kalau satu hari nanti dia sanggup escape dari tempat kerja sebab itu sangat impossible.
Kenapa i taip entri panjang lebar gila walaupun tahu takde orang nak baca ni?
Sebab hari ini birthday dia yang ke 28!
Happy birthday husband.
Semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna.
I love you..
Oh...and our daughter love u more.. :)