Thursday, 10 October 2013

Rissa susah nak makan

Masuk jer setahun ni..rissa susah sangat nak makan.
I dah guna segala kesabaran yang ada tau tak..tapi dia tak nak!
Yang dia nak cuma kiwi dan air kosong jer.
Bayangkan almost sejam suap dia..dia cuma nangis meleleh air mata dan hingus sekali.
Bila i nak lap muka dia pun nangis lagi.
Huwaaaaaa..

Nak kata dia nak makan nasi biasa,sama jer.
Dia memang tak nak.
I google jugak.
Kenapa budak tak nak makan?
Kat situ cakap..memang normal.
Cuba pelbagaikan makanan diaorang.

Ok fine.

Maka arini i buat lempeng kentang dan carrot untuk rissa.
I dapat resepi dari blog saya hot.
I rasa rissa tak nak makan benda yang sama tiap ari kot.
Tak nak makan bubur nasi jer.

Baiklah sayang..mama pelbagaikan..
Esok ingat nak buat bergedil.
Ataupun pasta.
Tengoklah......

Kalau masih gak tak nak makan,i ingat next week nak bawa rissa jumpa paed.
Iye..internet memang cakap takde apa masalah tapi i risau hokey...risau..

Ni i tepek gambar dia sebelum makan dan selepas makan..