Wednesday, 2 October 2013

Kisah rissa dan pacifier

Ecewah. Rajin update pulak.
Hehe.
I pernah bagitau dulu...yang i sebolehnya tak nak rissa guna pacifier atau famili i panggil pepet.
Pepet tau.. jangan nak memandai gantikan T dengan K kat hujung tu. =.=

Yelah,i tak nak rissa jonggang.
Ni bukan i cakap tapi orang tua yang cakap baby berputing ni nanti bila besar jadi jonggang.
Yelah..zaman diaorang mana ada puting yang orthodenik...apa ntah ejaan dia..
Sebab kedua,i tak nak rissa attach kepada apa-apa kecuali mak dia.

Tapi di suatu malam,masa tu pukul 8 malam kot..i jaga rissa sorang-sorang.
Dia nangissssssss....fuh!
Masa tu rissa baru dalam 2 minggu dah lahir.
I dah tak tau nak buat apa.
Last-last i bagi dia puting avent yang i dapat free masa beli botol starter pack avent.
Dia suka pulak.
Isap sampai tertido.

I pulak nangis.
Sebab i memang tak nak bagi dia pacifier ni.
Huwaaaa...
Bukan pacifier jer,i memang nak elak rissa terbiasa guna buaian,bantal busuk atau apa-apa yang boleh buat dia ketagih.

Then i google cari pacifier yang terbaik kononnya.
I jumpalah mam perfect pacifier.
So i bagi rissa guna tu.
Sempatlah rissa guna dalam 4 pacifier mam ni tak silap i sebab i tukar tiap bulan.
Pastu rissa stop.
Dia dah tak nak pacifier dah.
Sampailah sekarang rissa memang pacifier free gitew.

Tips i untuk stop anak guna pacifier.

★ Jangan asyik bagi dia puting untuk pujuk dia tiapkali nangis. Bila dia nangis,pujuk dia. Dukung. Bagi susu. Bagi toys...last sekali kalau tak dapat,baru bagi puting.

★ Bila dia dah tidur,cabut puting tu. Jangan biarkan dia tidur dengan puting nanti dia terbiasa.

★ Kerap tukar puting anak supaya dia tak attach dengan satu puting..selain tu,untuk kebersihan juga.

★ Jauhkan anak dari pacifier. I memang tak lekatkan benda alah ni kat baju rissa sebab nanti kalau dia nampak,mesti dia nakkkk jer. So i bagi bila perlu iaitu bila dia nak tidur siang. Malam rissa tak tido guna puting. Sebab tu nak tidokan dia dulu (sampai umur rissa 7 bulan) memang susah. Kena dukung dia sambil nyanyi dan berjalan sampai dia tidur. Sila bayangkan.

Itu jer kot yang i buat. Tapi kalau anak dah gian nak berpacifier,susah kot nak ambik balik dari diaorang. Again,pilih pacifier yang elok macam mam perfect pacifier tu ok?Kita nak anak kita cantik kannnn?

Ok bye..

p/s : susah i nak cari gambar rissa tengah berpacifier sebab macam i cakap...i tak suka walaupun baby nampak tomei sangat pakai pacifier...