Tuesday, 8 October 2013

Guru kencing berdiri,murid kencing berlari

Hai.

Apa yang i nak tulis ni..kalau korang tak sependapat..tak dapatlah i nak nolong yer...

Bila rissa dah masuk setahun ni (6 oktober birthday dia)..i perasan sesuatu yang i rasa sayang sangat kalau i sia-siakan. I perasan yang dia sangatlah cerdik walaupun baru setahun. Cepat tangkap. I bukan puji anak i jer..tapi semua budak ni adalah sangat bijak. Sangat cerdik.

Aritu i tengok The Doctors. Dalam tu cakap..manusia ni dia lahir dengan iq yang sangattttt tinggi tapi semakin usia dia meningkat,iq tu semakin rendah sebab otak dia tak dilatih untuk bekerja. Sama macam pisau yang kita baru beli. Memula tajam. Kalau lama tak pakai atau diasah,jadi tumpul..pastu berkarat.

So sebagai ibu rissa,i rasa bertanggungjawab untuk didik dia. Setakat ini..i perasan yang rissa cepat tangkap segala apa yang kita buat.

Contoh :

Kalau kita jerit kat dia,dia jerit kat kita.

Aritu i tengok betul ke bohong dengan rissa..yang ada lisa dan yusry tu.kan ada part sapa ntah..ajak ke shahrul shiro yang cakap aduh stressnya aku dengan korang ni sambil pegang kepala...

Pastu bila tanya kat rissa,rissa...macam mana rissa stress? Dia terus pegang kepala dia guna dua-dua tangan tau. Ikut sebijik macam kat tv. Wakakaka...comel je bebudak buat gitu.

So yes..anak memang akan tiru segala apa yang dia nampak dan dengar. Jadi pasni kena usaha lagi untuk berkelakuan baik.

I sebenarnya nak taip pasal birthday rissa tapi tunggu dululah...