Thursday, 3 October 2013

1st time rissa ke swimming pool

OTadi..kami bawa rissa pegi pool. Jangan tanya kat mana sebab i lupa. Pool ni somewhere area setia tropika. Caj masuk ialah RM6 sorang,untuk baby free.

Yang bestnya kolam mandi baby dia agak dalam. Paras dada rissa so senangla nak main dengan rissa dalam tu.

Memula i dukung rissa. Ingat nak bawa pelampung yang kitaorang beli kat Ctmah tapi lupa nak beli pengepam angin pulak. Haih.

Dahla rissa takde swimming suit. Adoi. Pasni nak gi carilah.

Masa beberapa minit pertama,rissa agak takut. Langsung tak nak lepas dari i. Lepas dalam 10 minit,dia selesa. Hahhhh..ambik! Bukan main tepuk air tu. Seronok sangat dia.

Kitaorang syukur sangat sebab cuaca redup jer walaupun masa nak pegi tu,panas terik. Takde sesiapa yang sunburn. Syukur! Pool tu pun bersih, sangat bersih. Berbaloi bayar RM6..

Lepas dalam setengah jam,rissa pun dibawa naik. Dia jerit tak nak. Nak pegi berendam balik. Hehe. Kelakar la anak mama..takpe,next time yer sayang..