Thursday, 12 September 2013

Update rissa 11 bulan

Lagi sebulan,rissa dah setahun.
Tapi tak kisah berapa umur rissa,u'll always be my baby.
Perkembangan rissa?

Dia dah pandai merangkak. Dah sangat pandai,asyik merangkak aje kejanya.

Makan pulak,i dah bagi rissa nasi lembik. Tak payah blender lagi dah. Tapi lauk dia i masih blend. Tunggu rissa setahun nanti,i tak blend kot.

Gigi rissa masih ada dua. Takde gaya nak tambah lagi pun.
Sejak akhir-akhir ni,budak kecik ni dah pandai gigit nipple.
Grrrr!
Kalau dia dah kenyang,pastu i bagi jugak susu,mesti dia akan sengih-sengih pandang i,pastu terus gigit.
Tapi i salu bisik-bisik kat dia before tido, rissa jangan gigit mama tau. Sakit. Kesian mama. Rissa sayang mama kan...

Rissa dah pandai memanjat kerusi,berdiri sendiri..suka pegi dapur..

Apa lagi ye?

Oh ya,rissa dah pandai jelir lidah.
Kalau kita tanya,where's your tongue?
Kompem dia tunjuk lidah dia.

Sebenarnya i ajar dia lidah mata pipi mulut telinga semua,tapi dia tahu part lidah jer. Takpe nak,slow-slow.
Tapi kalau kita cakap,mana mata cantik? Dia akan kelip-kelipkan mata dia konon cantik sangat lettew.

Rissa punya rancangan kartun kegemaran ialah cuddlies.
Mak yang ada babytv,tahulah cite ni.
Cuddlies tu kan ada 4 ekor katun.
Nama diaorang dodo,tickles,uh oh dan yum yum.
Jadi sebab rissa one of them,kitaorang panggil dia dum dum. Atau baby dum.
Wakakaka...ada ke mak gini?
Takdelah panggil dia dum dum setiap masa,kekadang jer.
Tapi rissa tahu yang nama dia dum dum.

Selain tu,rissa suka lagu yang first baby song kat baby tv.
Dia memang leka kalau kita bagi dia tengok tu.
So selalunya kalau nak potong kuku rissa atau susukan dia,memang buat time first baby song tulah.

Panjang pulak entri ni.
Oklah,tu jer.
Babai.