Wednesday, 18 September 2013

Rissa dan rambutnya

Korang nak anak berambut lebat tak? Meh sini i share sikit. Masa lahir,rambut rissa lebat. Pastu i cukur rambut dia. Maka jadilah rambut dia,tumbuh segan,gugur tak mau..

I ada sorang kawan india ni. Dia cakap kat i,suruh bagi rissa guna minyak kelapa. Memula i skeptikal jugak. Ada ke nak bagi anak minyak kelapa...nanti dia busuk acaner? Tapi sebab i tau minyak kelapa ni memang elok (kalau tak caya tengok rambut orang india yg lebat hitam berkilat).. i guna jugak.

Minyak ni nama dia parachute..harga rm1 jer. Murah gila. Beli kat kedai runcit india. Rissa guna sejak umur 3 bulan sampai sekarang. Hasilnya...rambut rissa lebat tau. Berbeza dengan dulu. I bagi rissa guna minyak ni dalam setitik dua jer. Takdelah i nak bagi sampai menitik minyak tu dari rambut rissa.

Next..shampoo rambut..

I pakaikan rissa 2 in 1 pigeon sakura wash tu. Sejak rissa masuk 10 bulan,i mandikan rissa dengan cara jirus jer air kat badan dia pastu shampoo rambut. Buat bubble banyak-banyak. Hehe.

Oh ye,dulu rissa sampai menangis sebab kena jirus air kat kepala. Dia takut. I pun takut jugak. Takut dia lemas tertelan air. I tanya ofismate i..kakak tu kata,jirus jer. Jangan takut. Nanti dia pandai sendiri. Hah,betul cakap kakak tu. Tak sampai 3 hari,rissa dah tak terkejut bila i jirus kepala dia dengan air. Tapi i takdela kejam. Sebelum jirus,i akan cakap...rissa,basah rambut ok...basah rambut... Then baru dia akan ready.

Sekarang rambut rissa dah panjang sikit. Rimas pulak i tengok. Ikut hati nak gunting lagi sebab sian tengok dia berpeluh. Hmm...tengoklah nanti..