Thursday, 26 September 2013

Resepi siakap stim lemon untuk baby

Hai.

Sebelum ni..i jarang masak makanan yang advance untuk rissa.
Sebab i tak reti tu satu...sebab malas pun ya jugak..sebab paling utama,rissa tak reti mengunyah sangat.
Sekali bila tengok auntie rara buat kurma ayam untuk princess..i pun macam wahhhhh!
Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu untuk rissa gak.. wakakaka..

So i masaklah siakap stim lemon.
Oh ya lupa pulak.
I belum introduce garam kat rissa lagi so resepi ni takde garam ye..

Bahan dia senang jer. Seekor ikan siakap tu potong ala-ala filet.. fefeeling mastercep sangat tau masa iols buat fillet ni.
Pastu bawang merah sebiji.
Lemon dua hiris.. i hiris nipis jer. Takut masam sangat.

Cara masak dia lagilah senang..hari ni,i tak stim sebab i bangun lambat. Takde masa.

Memula chop onion tu finely. Potong halus..

Pastu tumis dengan olive oil sampai wangi.

Masukkan sikit air. Air dalam 3oz gitulah.

Masukkan ikan. Masukkan hirisan lemon.

Tunggu kejap dalam 10 minit..dah siap!

Walaupun takde garam tapi sedap tau.
Ada bau wangi bawang tu.
Rupa dia memang tak menarik langsung.
Tulah i cakap i memang failed bab food presentation ni.

Pasni nak masakkan rissa tomyam pulak..