Sunday, 29 September 2013

Expo baby danga city mall

Ya i tau.
I patut private jer blog ni sebab i sangat jarang update tapi asben i selalu baca blog i.
So kalau i privatekan..dia tak dapat baca.
Baiklah..jumaat lepas i pegi ke expo baby ni dengan asben.
I sangat teruja kali ni sebab banyak booth tau.
Ada 160 booth..satu jer i kecewa sebab takde booth bebe.
Selalunya mesti ada bebe. :(

Oh,i minta tolong asben ambik gambar so faham-faham jelah kenapa gambar kat sini banyak yang dari belakang jer.

Review?

Pigeon ada jual baju yang super murah.
Rm4 jer untuk baju/seluar cotton! ♥
Walaupun i kena berebut cari baju dengan saiz yang sesuai untuk rissa tapi memang berbaloi.
Tapi i beli sikit jer sebab tak banyak choice.

Tollyjoy pun ada tapi dia jual baju stok lama.
Saiz pun takde.
I sengaja pilih saiz 12-18m dan 18-24m.
Tak nak rissa pakai ketat sangat.

Pampers?
Ada diapex,goon,babylove,whopee,huggies dan of coursela drypers.
I tak beli pun.
Sebab i dah beli dua jumbo pack mamypoko aritu.

Apa lagi ek?
Oh ya,i beli coklat untuk tambah susu dari lunatots
Sebenarnya i tak caya pun makan coklat sikit boleh tambah susu tapi kakak salesgirl tu baik,i beli jelah.

Selain tu,beli mainan 3 in 1 untuk rissa.
Ada 50% discount so i ambiklah.
Rissa suka jer main benda ni so far.

Pastu ada gak beli benda-benda kecik cam pencuci baju dan pencuci botol pureen. Wet tissue. Kikiki...nampak tak betapa dah malas nak taip lagi ni...

Total duit yang digunakan ialah RM300. :)

Ok bye.