Sunday, 15 September 2013

Asam pedas punya cerita

Hai.

I ni memang kureng bab masak ni.
So untuk asben i suka masakan i adalah susah.
Biasanya dia akan cakap masakan i sebagai okey..
Bila tinggal kat jb ni,asam pedas adalah glemer so asben minta i masak.
I google resepi..last-last amik resepi dari nani rostam,mama hanis zalikha.

Resepi dia i derhaka jugak sebab nak masak cepat oi..anak tengah tido. Takde masa nak masak lama-lama kat dapur.

Bahan yang diperlukan ialah cili kering 20 keping,5 ulas bawang putih,2 batang serai,kunyit hidup 4 cm,bawang merah 5 biji,belacan 1 inci,halba 10 biji,buah keras 5 biji,daun kari dan daun kesum segenggam,asam jawa dan 2 biji tomato.

Untuk campuran dia terpulanglah pada kita. Kalau nak letak bendi boleh..terung pun boleh. I kadang-kadang masak asam pedas ayam,kadang-kadang asam pedas ikan..semua pun boleh jer..kalau i,i suka letak bendi banyak-banyak sebab asben suka.

Ok cara nak masak.

Blend cili kering,bawang putih,serai,kunyit,bawang merah,belacan dan buah keras sampai halus.

Panaskan minyak. Masukkan halba dan daun kari. Tumis sampai naik bau. Bila dah wangi,masukkan ramuan yang diblend tadi. Tumis sampai pecah minyak. Nak tahu camna rupa pecah minyak tu? Dia ialah apabila korang bolehno tengok minyak tu keluar berpecah dan terpercik dari barang yang ditumis. Faham tak? Erk...tak tahu nak explain lagi detail.

Bila ramuan tadi dah garing, masukkan air asam jawa. Kacau kejap . Kalau ikut i,time ni i masukkan garam bagai sebab kalau dah masukkan semua barang nanti, susah nak kacau dalam periuk. Then masukkan ikan, kalau korang nak masak asam pedas ikan. Tunggu sampai mendidih, masukkan tomato. Bila dah agak semua tu masak,masukkan bendi dan daun kesom. Tunggu kejap dan siap.

Rasa kuah dia. Kalau tak cukup masam,tambah air asam jawa. Tak cukup masin,tambah gula. Last sekali,sila doa semoga masakan kita sedap.

Asben i sukaaaaa sangat asam pedas ni.
Dia kata sedap sangat.
:)

I takde gambar asam pedas yang dah siap sebab asben abiskan. Sobs.
I cuma dapat makan seketul kecil ikan jer.
Tapi takpe..asal dia suka.
Siap request i untuk masak lagi..

Im a proud wife gittew...