Saturday, 10 August 2013

Update rissa 10 bulan

Haii..i ambik masa lebih seminggu nak update ni. Sampai asben tanya,nape tak update? Sekarang i gila baca novel kat apps wattpad. Jadinya i dah malas nak update blog. Lagipun,ada ke yang nak baca. Hehe. Oklah,wajib jugak letak entri penting ni. Dah pandai apa ye anak kesayangan kami tu?

Merangkak. Slow sikit tapi bolehla.

Berdiri sambil pegang something. Pernah juga dia berdiri pastu lepas pastu terus jatuh terlentang. -.-

Pandai clap hand,pandai twinkle-twinkle,pandai kiss mama. Kiss mama je,orang lain dia tak pandai kiss.

Bila kita tanya who is tia clarissa, dia pandai angkat tangan.

Suka gigit walaupun gigi cuma ada dua. Janganlah nak hulur tangan kat dia sebab kompem dia ngap. =.=

Pandai panggil mama. Ni yang maknya paling suka!

Hobi rissa ialah buka almari dia pastu taburkan semua baju bajan dia dalam tu sambil tersengih-sengih seronok. Tapi i tak pernah marah dia buat gitu. Hehe. I memang sebolehnya tak nak marah dia. Tak nak ugut dia. Tak nak jerit kat dia. Tak nak marah bukan bermaksud i tak tegur dia bila dia buat silap tau. Its just i usaha untuk cakap baik-baik.

Kalau kita tanya mana mata cantik,rissa akan kelip-kelip mata dia fefeeling rozita che wan.

Overall,dia anak yang baik dan tak menyusahkan. Rissa minum susu campur. Selalunya dia minum fm tapi malam,kerap juga dia bf. Bila i balik kerja tiap hari,i biasanya terus bf dia. Nak lepas rindu. :)

Makanan rissa masih perlu diblender. Hai lah anak....kalau tak blend,dia akan nak muntah. Selalunya buat-buat nak muntah. I ingat weekend ni nak try bagi dia bubur tak blend. Again,i tak nak paksa dia. Setakat ni,i tak bagi rissa garam atau gula. Belum lagi.

Satu yang pelik pasal rissa ialah kalau dia tersilap makan something,dia akan terus muntah. Contohlah,kalau dia termakan kertas atau tisu (tu adalah barang kegemaran dia), dia kompem muntah pastu. Jadi i tak risau sangat dia tercekik.

Hari tu,i dan papa dia decide untuk potong rambut rissa. Sebab dia asyik tergaru-garu. Hasilnya,rambut rissa macam cendawan. Hehehe. Sian anak mama.

Ada lagi ke? Rasanya itu jer kot. I share gambar rissa ye. Banyak yang dah ambik kat insta..hehe..