Thursday, 22 August 2013

Sebenarnya i tak berkahwin pun

Hai.

Sebenarnya website blogger di ofis i kena block. I pun tak tahu kenapa. Tapi i cuma boleh access blog sampai pukul 8.00 pagi jer tiap hari. Nak harap kat hp pun tak boleh. I geram ok. Tak tahu kenapa kat hp pun tak boleh buka akaun blogger. Grrr!

Ok, hari tu masa i buat entri pasal kisah cinta i, kak Erin ada cakap nak tengok gambar kahwin i..nak tahu macam mana orang iban kahwin. Dan kebetulan pagi tadi, kat Era topik pasal kawin ni. Meh sini i citer...

Sebenarnya i tak berkahwin pun.

Betul. I tak kahwin pun. I cuma mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara je. Kalau dalam islam, i ni boleh dikira nikah jer. Takde sanding. Takde majlis. Takde photo shoot bagai. Takde pre wedding.

Kenapa?

I dan suami dah sepakat yang kami TAK NAK buat loan untuk kahwin. So far setakat ni, asben i memang takde loan bank, kecuali loan kereta saja. Kalau cakap kat orang, mesti orang tak caya ada orang gomen yang takde pinjaman. Tapi siyesly...memang betul.. So yes, kami takde hutang sangat melainkan hutang kereta. Nak harapkan family? Hmm. Yang ni pun kami tak nak buat. Sebab kami sebolehnya tak nak susahkan orang tua. Tak nak mereka abiskan wang simpanan, bergolok gadai untuk kami.

Jadi, bila masanya dah tiba waktu tu, kami berdua berbincang baik-baik. Ya, kami bincang berdua je melalui sms. Hahaha. Decide macam mana. I pun memang bukan jenis yang nak perkahwinan idaman macam orang lain. Ok, i tipu. I nak perkahwinan yang indah-indah tapi asben mengingatkan i...apa guna perkahwinan best-best tapi nanti kami end up kena bayar hutang beribu-ribu..silap-silap nanti sampai beranak-pinak pun kena bayar hutang loan kawin. Tu kalau jodoh panjang. Kalau jodoh tak panjang? Hah, dah bercerai pun masih kena bayar hutang kawin. Secara rasionalnya, betul juga tu.

Family? I bersyukur, family i jenis yang sangat cool. Extremely cool. I ingat lagi mami i cakap, asal perkahwinan tu sah, cukuplah. Tak payah nak menyusahkan diri. Tambah pulak, i dan asben keja kat semenanjung ni. Kalau nak buat majlis, mestilah kat sarawak. Sape pulak nak menguruskan semua tu?

Maka, kami pun mendaftarkan perkahwinan. Nak tahu kos perkahwinan kami? Hanya RM100 jer. Untuk bayar yuran pendaftaran perkahwinan di JPN. Perkahwinan kami SAH dan bagi i, itu yang penting. Yang lebih penting, even lepas 2 tahun kawin, kami okey jer. Kami taklah kaya raya, senang lenang tapi kami sangat jarang gaduh pasal duit. Kami tak pernah gaduh pasal duit. Fuh, nasiblah i ikut cakap asben masa tu!

Cakap orang? I peduli apa. Bukan i pregnant, pastu terpaksa kawin pun. Dah setahun kawin, baru i pregnant okey. Kami kawin sebab nak kawin. Dan kami tak kisah orang nak cakap apa. Even orang kat ofis pun masa memula tu tak tahu yang i dah kawin. Tapi ada i kisah? Whatever~!

Adakah i menyesal? Taklah. Sekarang, hidup kami pun macam orang lain juga. Normal. Kehidupan selepas kahwin yang penting. Asalkan kami sekeluarga hidup selesa dan tak menyusahkan sesiapa, cukuplah.

Ok dah pukul 8. Bye....