Thursday, 1 August 2013

Review miracle bra

I nak cite ni. Hari tu i saja je google pasal baju dalam. Sekali jumpa pulak pasal miracle bra ni. Sebelum ini i jenis tak kisah. Hentam je apa punya brand. Janji i selesa nak bf si kecik tu. Tapi memandangkan i semakin debab,i tak naklah spare part i nampak akibat salah pilih baju dalam.

I orderlah miracle bra. Harga dia sangat berpatutan. Sebab tengah offer,i dapat satu set RM90 dengan free postage. Dia ada dua set..satu set biasa,satu set moden. Kak ton haruslah pilih set moden gitew. Ada 3 kaler best iaitu pink,biru dan purple. Siyes,kaler dia cantik gila hokey.

Bila dah pakai,wahhhhh! Best. Selesa sangat. Betul-betul muat badan dan muat cik b tu. Dia tak pakai cup macam baju dalam biasa tapi dia macam sport bra gitu. Apa-apa size cik b akan muat elok. Span dia boleh ditanggalkan dan dari material yang sangat bagus tau. Bukan span yang jenis macam kita cuci pinggan tu.

Material dia jenis serap peluh. Pastu yang paling i suka,dia senang dijaga. Boleh guna mesin je. Kikiki. Nampak tak betapa pemalasnya di situ? Hah,lagi satu. Bila pakai,cik b kita tu takdelah bergoyang. Faham tak i cakap apa? Kan ada orang yang cik b jenis european size gitew (umi qi,pinjam perkataan ye) bila jalan..dia punya cik b pun bergerak ikut sekali. Mak oi tak senonoh. Ni selalu terjadi bila kita tak pilih bra dengan betul.

Kekurangan dia,tak bf friendly. Tapi i pakai kat ofis je dan i pun dah tak mengepam lagi so takde masalah sangatlah.

I beli dari page Miracle Bra ni. Korang search je kat fb..jumpalah. I tak reti nak copy paste link guna hp. Beli arini,dapat esok. Servis memang terbaik! Trylah. Sementara masih ada offer raya ni. Pastu siap ada cabutan bertuah lagi tapi i tak heran pasal lucky draw sebab i tau,i memang takde ong bab lucky draw ni. Hehe. Oklah,till then.

Takde gambar sebab iols tak nak letak gambar bra dalam blog. Hehe...