Wednesday, 21 August 2013

Resepi kari udang dengan nanas

Hai.

Nak taip resepi ni sebab kali terakhir i masak kari, kari i tak menjadi sebab i tak tahu mana i letak resepi yang kawan i bagi. Selalunya i masak ikut resepi tu. Bila dah hilang, habislah. Memang tak sedap langsung kari ayam i masa tu.

Okey, ini resepi kari udang dengan nanas yang paling senang.

Bahan-bahan

2 peket kecil rempah kari ikan/udang Baba's (guna Baba's sebab kari dia sebijik rasa kari mamak)
12 ekor udang saiz besar
sekotak santan (200ml) - i guna Ayam Brand's
daun kari 3 tangkai
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 cm halia

Cara-cara

- Tumbuk bawang dan halia sampai lumat.
- Panaskan minyak. Tumis bawang,halia dan daun kari hingga naik bau.
- Campurkan 2 peket rempah kari bersama 350 ml air kosong dan kacau hingga sebati. Kemudian, tuang dalam periuk.
- Lepas mendidih, masukkan nanas.
- Bila kuah mendidih lagi, masukkan udang.
- Last sekali, masukkan santan.
- Bila dah mendidih, masukkan garam secukup rasa.

SIAP!! Kari ni sedap dimakan cicah dengan roti Gardenia..  :)