Wednesday, 28 August 2013

Anak susah nak makan

Hai.

Rissa ni sejak dah makin besar ni..makinlah susah nak makan. Selalu i bagi dia makan dua kali sehari. Lunch dengan dinner. Tapi i biasakan dia makan dinner tu sebelum 6 petang. Dulu,dia jenis nganga jer kalau makan. Sekarang? Habis semua mainan bagi kat dia tapi dia mesti tak nak. Nak muntahlah,buat-buat sibuk dengan benda lainlah, nangislah..eh macam-macam taktik dia tau.

Makanan kegemaran dia adalah pear yang diblender bersama bubur nasi. Itu je! Tapi takkanlah i nak bagi rissa makan tu hari-hari? Tak cukup khasiat tu. So i memang pelbagaikan. Tapi dia makan sikit. Takdelah sikit sangat tapi dalam satu portion meal tu,rissa akan makan separuh.

Marah? Taklah. Malas nak marah dia. Dah dia tak nak tu,nak buat camna kan..takkan nak paksa? I cuma dapat pujuk je.

Bagi dia variety makanan? I dah bagi yogurt. Rissa memang reject habis-habisan. Sweet potato pun dia tak suka.

I dah bagi rissa ayam,salmon,sawi,sayur manis,carrot,pear,epal,kismis,ikan bilis..itu jelah makanan yang asyik rotate tiap ari. Ya,i ada gak buatkan rissa bubur ayam mcd siap letak bawang goreng bagai. Bau dia sedap. Rasa pun sedap. Tapi rissa makan sikit jer. Dia bukan tak nak makan apa yang i bagi,dia memang tak selera kot?

Kalau nak kata dia makan sikit sebab banyak menyusu,tak jugak. Dalam 24 jam..dia biasa minum 7-8 botol susu 4oz..normal je tu kan.

Tapi rissa sihat walafiat. I tak risau langsung pun sebenarnya. Saja je nak buat entri sebab takde modal nak tulis apa. Hehe...

Ok bye...