Wednesday, 3 July 2013

Tia clarissa dan fm

I maksudkan formula milk tau..bukan fridge magnet. Hehe. Macamlah orang tak tau. =.=

Baiklah. Entri ini super panjang sebab i lama tak taip blog. Dulu..disebabkan susu badan i berkurangan,sejak rissa 7 bulan,i campur susu dia. Mula-mula i beli anmum dan enfalac tapi cam biasa,dia tetiba ada rashes lepas minum susu lembu. Then i bagi rissa karihome. Karihome ni rissa habiskan setin kecil sebelum dia refuse tak nak karihome.

Masa minum karihome campur ebm..rissa memang selalu sembelit. Tiap ari time nak poopoo,dia nangis menjerit. Sian sangat. Masa tu i tak tahu ianya disebabkan susu. I ingatkan memang normal. Sorry baby..

Bila rissa refuse tahap tak nak minum langsung pastu susu i pulak drop mendadak,asben suruh pegi carilah susu lain. Cari yang murah-murah je. Kot la dia nak. I ingat lagi..masa tu i whatapps rara,mama iman sophea..tanya dia bagi susu apa kat princess. Rara cakap dutchbaby langkah 2..malam tu i google sana sini pasal fm. Tapi i masih belum decide lagi.

Esoknya,masa kat kedai..i dan asben belek-belek kotak susu. Memang niat nak cari yang murah je sebab masa tu tengah pokai. I tunjuk lactogen kat asben. Suruh dia tengok kandungan gula sebab blogger saffiyaosman pernah up entri kata lactogen ni manis gila. Haah...gula dia boleh kata tinggi gak banding dengan fm lain. Pastu tengok pulak dumil..dan last sekali tengok dutchbaby. Kami banding-bandingla khasiat dia. Tengok mana yang ok......walaupun i tahu susu ibu adalah yang terbaik tapi please dont judge me. Bukan senang i nak buat keputusan bagi rissa fm.

I suruh asben pilih antara susu ni..yang mana paling rendah gula dan paling tinggi dha..dan jawapannya adalah DUTCHBABY! Harga dia RM18 sepeketla lebih kurang. Kalau beli dalam kotak ada 2 peket,harga dia RM32.

Balik rumah je,i bancuh susu ni dan bagi kat rissa. Amazingly,dia nak! Masa tu rasa nak nangis nak peluk cium rara sebab bagitau i pasal susu ni. :')

Sampailah hari ni,dah almost sebulan lebih kot dia minum susu dutchbaby ni. Rissa minum sepeket ni untuk seminggu. So belanja susu rissa sebulan adalah RM70 gitu. Oklah untuk poket kami..

Oh ya,memandangkan susu ni disimpan dalam peket,i beli je bekas lock n lock,simpan susu dalam tu. Senang. Tak payah risau semut ke,susu masuk angin ke..

Susu mahal adalah lebih bagus? I pun fikir gitu. Dan i memang nak bagi susu paling mahal untuk rissa tapi setakat ni hanya dutchbaby sesuai dan dia boleh terima. I harap sangat pasni rissa takde masalah susu lagi.

Ok bye.