Monday, 8 July 2013

Review InSolution Collagen Lifting Skin Renewal Mask

Hai.

Dulu sebelum rissa lahir, i rajin guna mask. Bila rajin guna, kulit pun automatik cantik, pori pun tak nampak, bintik hitam pun berkurangan tau. Hari tu, i dapat mask ini dari pihak Cathyjoy. Memandangkan dah lama gila tak pakai mask, maka di suatu malam i pun rajinkan diri guna.

Sebelum tu, i cerita sikit pasal mask InSolution Collagen Lifting Skin Renewal ni. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ada collagen, sesuai sangat kalau nak nampak muda gitew..Paling penting, mask ni takde paraben dan telah diuji secara klinikal. Paraben tak elok untuk kulit kita tau. Tak elok untuk baby gak. Yelah, kot lepas guna mask ni, nak kiss-kiss baby tu..tak payahlah risau. Paraben free katanyaaaa..

Ini hasil i guna malam sabtu lepas. Lepas guna muka lembut tau. Tak payah pakai pelembab ke apa. Esoknya, bila bangun pagi, muka rasa fresh je. Tips i kalau guna tissue mask, letak dalam peti sejuk dulu. Bila pakai rasa best sangat. Sejukkkkk! Maafkan muka selebet i ni ye..muka mak-mak orang yang sibuk katakan.




Ni muka sebelum pakai.

Mask dia nipis je.


 
Mata panda tu memang tak dapek den nak nolonglah. Tapi nampak cerah sikit kan? Hehehe..
 
Silalah dapatkan mask ini dari Cathyjoy. Kebanyakkan barang yang dijual kat website ni dari Korea. Buat masa ni, diaorang tengah ada sale. Mask LeaderInSolution ni, biasanya harga dia RM9.90 tapi lepas sale, RM6.90 jer. Berbaloi-baloi.