Tuesday, 23 July 2013

Kenapa Tia Clarissa?

Kalau lah i tetiba ada anak 10 nanti,mesti i lupa dari mana datangnya nama tia clarissa..so,baik taip cecepat..

Masa i start peknen,both of us dah plan dah konon nak letak nama anak..kalau lelaki adam. Kalau gegurl,adelia. Cewah! Then nama tu akan bertukar tiap bulan,ikut mood i.

Masa rissa 5 bulan,kitaorang dah tau jantina..i listkan nama,suami pilih clarissa. I nak letak clara. Tapi i kan ikut cakap laki,so nama rissa tu stick.

Kalau tengok kat google,clarissa tu bermaksud bijak. So,sebagai parents,tentulah harap anak kita bijak kan?

Dah dekat nak bersalin,i confuse lagi nak letak nama apa. Yela,i kan bersalin 40 minggu 5 hari, maka i ada sangat banyak masa untuk fikir.

Ingat nak letak audrey clarissa. Tapi suami tak berkenan langsung. Dia reject bulat-bulat. Pastu i geram,suruh dia cari sendiri. Then dia pilih la Tia. I kurang suka.

Rissa dah lahir,i masih lagi confuse. Nak jugak letak audrey tu. Dengan alasan nanti boleh panggil dia didi..comel kan? Tapi suami akhirnya yang bagi kata putus sebab i give up tak tau nak letak apa.

So,jadilah Tia Clarissa. Tia tu bermaksud princess.. Lagi satu,i setuju dengan nama tu sebab bunyinya yang mesra alam gitu. At least kalau kami menetap kat semenanjung ni,takdela classmate dia nanti pelik dengan nama dia. Sekurang-kurangnya orang boleh panggil rissa tu tia.

Ok lah,itu jer. Kalau i melayu, i teringin nak letak nama ala-ala klasik macam chempaka sari ke..melati ke..mesti unik kan? Tak pun dahlia.. Hoh,kompem kena reject dengan laki aku ni.