Tuesday, 16 July 2013

Bagaimana tia clarissa dijaga?

Hai.

Saja je gedik nak share benda tak penting pun. I bagitau eh..apa yang i selalu amalkan pada rissa.

Mandi. Rissa masih mandi air suam. Sampai sekarang. Sebenarnya i tak berapa sokong sangat rissa mandi air suam sebab bagi i,orang yang suka mandi air panas ni lembik. Selalu sakit. Rissa....awak tu orang sarawak. Orang kampung. Mandi sungai. Kena mandi air sejuk tau. Mama pantang orang lembik-lembik ni. Tapi nenek dia tak bagi mandi air sejuk. Takut masuk angin. Whatever. Malas nak argue.

Losyen. Rissa ni berkulit kering. So i memang bagi dia pakai losyen yang banyak supaya kulit dia lembab. I bagi rissa guna losyen pigeon sakura. Losyen ni wangi. Paraben free.

Yu yee. I pakaikan rissa minyak ni sejak umur rissa sebulan. Tiapkali lepas mandikan dia,i sapu kat ubun-ubun,dada,perut,belakang badan,belakang betis dan tapak kaki. So far,rissa dah guna 3 botol yu yee. Memang elok.

Membaca. I selalu cuba luangkan masa untuk ajar rissa membaca. Dan i sedih sebenarnya bila hanya i yang beria nak tanamkan sikap suka membaca ni dalam diri rissa. Yang lain cuma alaaaaa tunggu dia besar dia pandailah. Dia bukan tahu baca pun..nak ajar dia buat apa? Alaaaaa...nanti dia gigit je buku tu...

Sakit hati bila kita tiap ari usaha nak bentuk anak jadi anak yang baik tapi orang lain tak bagi kerjasama. Lagi satu,i suka biarkan rissa explore...dia nak apa..bagi je. Tapi kita kena monitor. Konsep ni ditentang sepenuhnya oleh orang lain. Contohnya rissa nampak tauge. Dia excited nak ambik tauge tu. Orang tak bagi macamlah tauge tu haram disentuh. I bagi je dia sebatang tauge. Biar dia rasa. Biar dia sentuh. Pastu dia tak heran pun dengan tauge tu.

I tak kata i betul dan orang salah. I cuma senang didik rissa dengan cara yang i suka. Tapi yang bagusnya,tiada orang berani bagi rissa makan benda yang tak sepatutnya untuk seorang bayi. Syukur.

Keluar rumah. Rissa first time keluar rumah di waktu malam adalah masa dia 6 bulan. Sebelum tu,tak pernah langsung. Itu pun jarang sangat. Paling lewat i bawa dia balik rumah adalah 8.30 malam. Wajib balik awal. Kenapa? I tak nak rutin tidur dia terganggu. I percaya angin malam tak elok termasuk untuk i sendiri apatah lagi untuk baby. Dan reason terakhir,i nak didik dia..waktu malam kena tidur awal. Jangan keluar rumah. Tak elok.

Setakat ni i tak pernah bawa rissa pegi ke tempat open air sangat. Pergi taman tu pernahlah tapi kalau pegi tempat macam medan selera ke,kedai mamak ke..pasar jual sayur ke..hah tu memang idaklah ye. Sebab i nak jauhkan rissa dari asap rokok.

Bercakap. Ni i memang pesan awal-awal pada semua orang. Bercakap dengan betul pada rissa. Jangan guna pelat walaupun tomei sangat cakap gitu. Eeee...geram hokey. I suka tengok dr halina bercakap dengan anak dia..bella..memangla dia cakap omputeh tapi dia cakap in a appropriate way. Takde bunyi katun macam kita selalu cakap dengan budak.

Hmm...itu je kot. I nak tengok csi ni. Bye.. :)

Oh ya..nak share gambar rissa masa 1st time pegi zoo..