Friday, 12 July 2013

9 gelagat 9 bulan

6 julai..genaplah si kecik tu 9 bulan. Meh maknya tulis sikit pasal budak ni..

*Sudah pandai kiss. Bila kita bacakan flash card kat dia..pastu cakap sayang duck (contohnya)..cepat je dia kiss duck tu. Pastu tunjuk chick,dia kiss. Tunjuk crab,kiss lagi.Sampai kalau ada 20 flash card..ada dalam 8 jugaklah dia cium. =.=

Nak tahu siapa orang yang dia palingggggg suka kiss? Orang ni kalau dia nampak,confirm senyum lebar pastu terus kiss sampai makin terpenyek hidung tu? Tak ye. Bukan i. Dia suka cium diri sendiri. Dekat cermin. =.=

Dia cam terkejut tengok diri sendiri homaigad sapa baby comel cantik putih gojes ni? Nak kiss!! Pastu terus cium sampai cermin tu penuh dengan air liur dia.

Ikut perangai sapa suka tengok cermin ni rissa oi? *tangan ke bahu sambil tunduk tersipu-sipu*

*Dah tahu bye-bye. Tiap ari i babai dia before gi kerja..dalam seminggu i amalkan. Satu hari i babai dia cam biasa pastu dia lambai i balik. Waaaaaa...terkejut i! Sekarang kalau kita cakap babai,dia memang lambai balik. Tengok cita cuddlies tu babai pun...dia babai kat tv.

*Obses terhadap papa. Dia ni asal tengok papa dia..siap terlompat bertepuk tangan bagai. Hover tau tak? Tengok mama takde pun gitu. Bila papa dia takde,dia pandai pulak cari. Siap tilik dalam bilik tido kami kot-kot papa dia sembunyi dalam tu.

*Malam dia cari mama. Asal buka mata jer time malam terus jerit Maaaaaaaaa sekuat hati. Lupa! Gigi rissa dah ada dua. Alololo...tapi belum kuar abis. Baru separuh. Tu pun kejanya asyik nak mengasah gigi ajer. =.=

*Cite pasal asben pulak. Kalau rissa obses terhadap papanya,papanya lagilah obses pasal anaknya. Setakat ni dah 3-4 kali i terbangun tidur malam sebab asben tetiba pegang kaki i kuat-kuat. Sebab dia ingat kaki i tu ialah rissa yang nak jatuh katil. Anak kena gigit nyamuk,dia punya bising mengalahkan i. Relax brader..

*Takut pada hello kitty. Bukan main dia jerit siap menggigil kalau tengok hello kitty. Kekadang tu siap nangis. Hehe.  I kekadang saja jer letak hello kitty atas katil, mesti dia menjerit-jerit pastu sanggup merangkak jauh-jauh untuk elak dari hello kitty tu.

* I pernah baca,masa baby anak-anak ni akan ikut perangai mak. Ya,betul sangat. Rissa memang banyak ikut perangai i..selera i. Bukan nak puji diri sendiri tapi i rasa memang berbaloi sangat bila masa pregnant,i jaga kelakuan,jaga mulut,jaga telinga. Sebab rissa pada keseluruhannya,dia anak yang baik. Tak cengeng. Kuat. Cuma dia sangat manja. Suka diberi perhatian. Suka disayang. Tapi biasalah baby. Memang gitu kan?

*Setakat umur rissa 9 bulan ni,rissa dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Syukur sangat. Tak pernah lagi dia demam atau apa. Mungkin dia ikut i. Jarang sangat sakit. Tapi....i berkulit sensitif. Ada ekzema. Rissa pun berkulit sensitif. Dan rissa jenis berkulit kering macam i jugak. Dia kena pakai losyen yang banyak setiap hari..macam i.

*Rissa dah makan macam-macam. I dah bagi dia ayam ikan bayam sawi kacang panjang peas pear apple carrot almond olive oil butter cheese. I belum bagi rissa makan makanan bergaram atau bergula lagi. Tunggulah dulu. Esok lusa boleh makan. Paling dasyat i bagi dia baby bites. Itu jelah. Tapi masa i makan coklat..i ada bagi dia sikiiiitttt.sikit sangat. Sebesar semut kecik tu..sebab masa i makan tu,dia boleh ngap mulut i gara-gara nak jugak. 

Oh ya,makanan rissa masih bertapis lagi sebab kalau i tak tapis,dia termuntah bila telan benda ada bertekstur. Takpelah nak. Nak tapis..tapislah. Awak ada seumur hidup awak untuk belajar makan..

Ok itu je. Bye.