Wednesday, 8 May 2013

Tia Clarissa 7 bulan

Hai anak, cepatnya awak dah besar! :')

Entri ni kena taip laju-laju sebab lagi 10 minit nak pukul 2. Nak update pun tunggu time lunch break. Hadoii.. Meh update sikit pasal rissa kesayangan mama dan papa dia ni.

Rissa dah sangat pandai meniarap. Bangun tidur je, terus meniarap. Kita baringkan dia, terus meniarap. Tapi dia tak pandai menyusur ke depan lagi. Dia tahu undur ke belakang je. Pastu dia dah tahu angkat bontot dan angkat badan sendiri. Tapi itu jerlah.. Hihihi. Yang kelakar, bila kita letak something jauh dari dia dan dia nak ambil barang tu, dia sanggup bergolek-golek sampai akhirnya dia sampai ke tempat yang dituju. Good girl!

Dalam walker, dia dah sangat pandai. Tahu ke depan ke belakang ke tepi semua. Anak mama pandai drive yer..elok juga tu. Jangan macam mama. Tahu drive pergi ofis jer.

Bab makan, makanan rissa takdelah variety sangat. Tapi dia suka makan. Sehari i bagi dia makan tiga kali. Tiapkali makan, setakat ni, confirm habis. Cuma rissa tak suka makan pisang. Kalau pisang, muntahlah dia. Oh ya, i dah bagi rissa makan ikan tenggiri tau. Hari ni, hari ketiga dia makan ikan tenggiri. So far, ok kot. Ayam i belum bagi lagi. Sebab i niat nak bagi rissa ayam kampung.

Macam i, tiap pagi i suapkan rissa buah. Selalunya buah pear. Atau epal. Tengah hari dan petang, rissa akan makan bubur nasi yang dicampur dengan buah/ikan/sayur. Cuma rissa tak suka minum air kosong tau. Asal bagi air kosong, mulalah dia batuk la, nak muntah la..macam-macam ini budak. Tapi i bagi jugak. Dalam empat lima sudu kecik. Walaupun banyak yang tumpah sebab dia sembur-sembur, tapi at least adalah sikit kan?

Pastu susu. I dah campur susu. Tiap ari, rissa akan minum 6 oz ebm dan 3 oz fm. Kadang-kadang dia minum 9 oz ebm, 3 oz fm. I bagi rissa susu karihome sebab rissa tak boleh minum susu lembu. Susu soya pulak i memang tak confident nak bagi.

Rissa belum tumbuh gigi lagi. Tapi dia sukaaaaa sangat menggigit. Abis benda dia nak masukkan dalam mulut. Pastu pacifier dia, dia suka pegang, pastu masuk mulut kunyah-kunyah pastu tarik keluar kuat-kuat. Akibatnya,pacifier dia dah terkoyak dan i asyik kena beli pacifier baru. Dibagi teether, tak nak. Sibuk nak gigit pacifier tu jugak. =.=

Rissa sayang, tahu tak pacifier awak tu bukan murah?

Setakat ni, syukur sangat rissa sihat walafiat. Mungkin betul juga orang kata, baby yang minum susu badan ni antibodi kuat. Kot la kan. I pun tak tahu. Takde nak riak ke apa. I cuma mampu cakap syukurlah.

Hujung bulan ni, weols balik sarawak..kampung kami. Ini 1st time rissa akan jumpa family i..1st time rissa akan naik flight..1st time rissa akan jauh dari rumah. I sangattttttt risau. Doakan semuanya baik-baik ya.

Ok, bye!