Friday, 3 May 2013

Sabar jelah!

Nak meluah perasaan di pagi hari.
Tahu tak, i ni adalah mak yang sangat-sangat particular.
Sebab i fikir, i nak ada anak kedua..lama lagi. Iyer, i plan nak tunggu 5-6 tahun lagi baru ada anak.
Itu pun, i tak pasti. Rasa nak rissa sorang jer.

Bukan nak tolak rezeki.
I ni dari latar belakang family yang bercerai.
I tahu macam mana rasanya bila takde ayah hantar i pegi sekolah, i tahu macam mana rasanya bila orang lain peluk-peluk dengan ayah diaorang..tapi i tak. I tahu apa rasanya semua tu.
I tak minta jadi gitu. Minta jauh sangat. Tapi i beringat.
I tak nak rissa jadi sedih, takde family yang lengkap.

I pun tahu susahnya jadi ibu tunggal.
Kesian mummy.

Dan yang lebih penting, i tak nak melalui apa yang i dah lalui sepanjang tempoh berpantang hingga sekarang tu sekali lagi. No, bukan sakit bersalin yang i maksudkan..tapi sakit hati.

Tahu tak, i tak suka bila anak i dididik dengan cara yang i tak suka.
I tak suka bila anak i nak buat something..tapi orang cakap JANGAN!!
Atas alasan takut dia jatuh ke apa.
Bagi i, biarlah dia cuba. Kita monitor je.

I pun tak suka orang letak anak i dalam walker, pastu ikat dia dengan tali.
Anak i manusia, bukan anjing.
Kenapa nak ikat dia?
Memang niat tu baik, takut dia capai apa-apa yang bahaya.
Tapi i rasa lebih elok buat persekitaran yang selamat dari ikat dia macam haiwan ternakan.

I tak suka bila anak i nak buat sesuatu, pastu dia ditolong sebelum dia berusaha sendiri.
I tak nak nanti dia terlalu bergantung pada orang.
Memang ada yang cakap, alah, dia bayi lagi. Dia tak tahu apa.
Tapi bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya?
Kalau tak sekarang, nak tunggu bila?
Tunggu dia dah besar?
Kalau masa tu,kita masih hidup..takpe. Tapi kalau kita dah takde?

I tak marah.
I suka anak i dijaga dengan baik.
Cuma apa yang i nak terapkan itu tiada.
Walaupun i ni anak yang dimanjakan, tapi i pandai bawa diri.
Dulu masa i lapor diri di putrajaya, i pegi jer sorang-sorang.
Naik flight sorang diri dari sarawak, walaupun i tak pernah jejak kaki kat putrajaya tu.
Walaupun i baru 20 tahun masa tu.

Kenapa?

Sebab i tahu i takde ayah.
I tak boleh nak mengada minta orang hantar i.
Kalau boleh, i nak rissa macam i nanti.
Tak bergantung pada orang.
Tapi bila tengok keadaan sekarang, entahlah.

Ok, i nak breakfast.

Bye.