Thursday, 23 May 2013

Rissa adalah apa yang dia makan

Hai.
Setiap hari,i sentiasa berdoa dan berusaha semoga i menjadi ibu yang baik untuk rissa. I sedaya upaya menjaga dia,menjaga pemakanan dia,menjaga segalanya tentang rissa.
Malah i sendiri selalu berhati-hati dengan apa yang i makan. Walaupun i bukan islam tapi i percaya dan i nampak sendiri..kadang-kadang anak yang dibesarkan dari duit yang haram (rasuah,curi)..anak-anak tu selalu turn out jadi anak yang sukar dididik.

Baiklah. Cakap pasal makanan kan?

I banyak membaca. Dari apa yang i baca,i jumpa bahawa makanan seperti kismis,kurma,badam,fish oil dan makanan yang ada omega cam salmon sangat baik untuk bayi.
Makanya i start nak bagi rissa makanan untuk minda dia. Untuk permulaan,i bagi badam. Sebab anak sorang ni tak suka benda manis. I blend badam tu..tapis..pastu tiapkali dia makan,i campurkan sesudu badam.

Selain tu,i ada bagi rissa jus delima. I kupas delima,blend pastu tapis. Jusnya i buat puree. Campurkan sekiub dengan semasa i bagi rissa breakfast. I tengah biasakan rissa breakfast buah..selalunya i bagi pear.
Lepas ni,nak ajar rissa makan kismis dan kurma pula. Tunggu dia 8 bulan lah..cukup setahun nanti,i plan nak bagi rissa fish oil. Tengah survey brand apa yang sesuai.

Tapi tiap orang ada cara didikan dia masing-masing. I tak kata cara i betul..cara orang salah. Tiap orang ada cara masing-masing kan? Setakat ni..i usaha sangat tak bagi rissa junk food sebab tak elok kan? I sendiri pun memang kurangkan sangat-sangat makan junkfood sebab takkan i nak ajar rissa tak makan junkfood pastu i sendiri makan junkfood. Tu dah macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Selain tu,i memang tak makan organ dalaman ayam/lembu sebab tak elok. Kepala ikan pun i tak makan.
Apa lagi ek? Air gas..air berwarna. Nanti rissa pun confirm i tak bagi dia makan. Jangan pula cakap eh engkau ni semua benda pun tak boleh.. iyeeerrr..memang tak boleh. Niat i baik. I nak rissa jadi anak yang baik. Yang bijak. Itu usaha i. Jangan pula pertikaikan.

Ok bye.. oh ye..ini badam yang i beli..organik katanyer..