Tuesday, 14 May 2013

Review tikar parklon

Hai.

Tahukah anda apa benda paling berguna yang i beli untuk rissa? Err..selain warmer,sterilizer,pam susu,besen mandi dan banyakkkkk lagi..tikar parklon pun berguna tau.
I beli kat carefour. Harga RM70. Mahal, bagi i lah. Mula-mula i nak beli tikar evamatik tapi bila buka fb,i tak dapat cari design yang i suka. Alasan yang tak berapa nak bijak kan? Huhu. Yela, tikar evamatik yang i nak tu ada huruf abc tapi huruf abc kat situ tak ikut susunan. Makanya i tak sukalah. Nanti kalau rissa salah hafal abc acaner? Pastu ada lak yang salah ejaan. Apple jadi apel. Eh..tau tak mak jemah ni cukup pantang dengan typo?
Dulu,i ingat tikar evamatik tu sama jer dengan tikar parklon. Jadi satu hari masa i pegi carefour,i nampak tikar parklon yang ada cartoon comel dan kaler terang benderang gitu..i terus beli walaupun harganya dua kali ganda tikar evamatik. Walaupun abc dia pun tak tersusun. -.-
Saiz yang i beli lebih kurang 5 kaki panjang..3 kaki lebar.
Review?
Tikar ni sangat selesa. Rissa kan dulu tak terer meniarap telentang. Jadi selalu sangat pas dia meniarap,bila nak telentang..kepala dia bedebuk tapi dia tak nangis pun. Tak sakit. Sebab tikar ni tebal. Kat bawah dia ada macam span yang menyerap hentakan.
Senang dibersihkan. Ini alasan utama i tak pakai toto. Rissa ni kalau nak bagi dia makan,i selalu suap dia atas tikar ni sambil dia duduk kat bumbo seat dia. Tahu jelah budak kalau makan. Siap berebut mangkuk sampai bubur tumpah,sembur air,tepuk sudu..memang kadang-kadang agak comot. Belum lagi lepas i buka diapers,dia tetiba kencing..tapi i tak kisah pun sebab senang je nak bersihkan tikar ni.

Warna dia vibrant. Menarik minat baby.

So yes,tikar ini adalah sangat recommended. I dah lama guna..ada dalam 4 bulan gitu. Warna dia masih elok..tak pudar langsung. Memang berbaloi la..