Wednesday, 22 May 2013

Pesanan buat Tia Clarissa

Hai sayang..

Masa mama taip ni,mama tengah tengok awak tidur. Dah pukul 6 pagi..tapi awak tak bangun lagi..hmm..anak dara tak elok bangun lambat tau!

Rissa..semalam masa mama kemas beg breastpump mama,mama dah cakap tapi obviously awak belum faham kan. Takpe. Mama taip lagi. Nanti rissa ada baby,susukan dia tau. Macam mama susukan awak.

Tau tak mama selalu risau kalau mama sakit,kalau mama takde..mama risau nanti awak camna? Mama doa umur mama cukup panjang dan mama sihat untuk jaga awak sampai awak dah tak perlukan mama lagi.

Jadilah orang yang baik ye sayang..
Cakap elok-elok, jangan suka menjerit..jangan sesekali meninggi suara.
Jangan simpan kuku. Tak elok.
Sentiasa doa supaya awak ditemukan dengan lelaki baik yang akan jaga awak.

Mama dan papa sayang rissa..