Sunday, 19 May 2013

Pergi ke pantai desaru

Sebenarnya dah letak gambar kat instagram dan fb. Tapi letak gambar tanpa cerita cam tak best pulak kan..

So semalam kami sekeluarga pergi ke pantai desaru. Suami yang tetiba nak pegi desaru ni. Terkejut iolss. Sebab kami memang tak pernah pergi pantai bersama-sama. Rissa lagi lah tak pernah kan. So teruja sangat!!

Masa nak pegi desaru tu,macam biasalah. Sesat. Sebab gps kat hp i tak boleh pakai. Last-last pakai gps suami,baru ok. Masa on the way ke desaru,hujan lebat giler okey. Tapi syukur..bila sampai jer, hari sangat redup walaupun jam pukul 12 tengah hari.

So kami bawa rissa sentuh laut,sentuh pasir. Dia memang tak takutkan air. So takde apa masalah nak kenalkan dia pada pantai..pantai desaru ni sangatlah bersih dan jernih. Best sangat. Oh ya,kami pegi pantai awam yer..kena bayar rm4 untuk masuk kat dalam tu.

Sampai je kat pantai,i suap rissa makan dulu. Suami dan mertua pun makan. I dah selamat makan masa dalam kereta sebab lapar sangat.

Orang tak ramai sangat. Cuma lepas dekat sejam lebih kat situ,rissa ngantuk dan tidur. Bila dia bangun jer..kami pun balik. Dalam 3.30 petang gitu.

I jadi blur pulak tak tahu nak taip apa lagi. Oklah,bye!