Friday, 10 May 2013

Milk booster?

Hai.

Happy friday uolssss..entri merapu jer. I punya bf journey ni memang up and down. Dan i macam tak larat nak share pasal tu. Apa yang penting,i masih bf rissa.

I takut minum soya. Sebab i takut effect dia buat kulit rissa sensitif. Jadi sejak mengandung sampai rissa 5 bulan..i memang tak sentuh soya..eh,ada gak minum esp dalam 3 kali gitu masa pantang tapi itu tak nak kira lah..

Tapi one fine day,masa susu i drop teruk iaitu masa i nak piyed bulan lepas (oh yer..i baru piyed hujung bulan lepas selepas almost 7 bulan tak uzur)..i minta hubby belikan soya bean. Manalah tau kot-kot ok.

Hubby belikan soya v soy multi grain ni. Rasany sedap tau. Pekat dan sedaplah. Tak manis sangat. I sukerrrr sangat!

Lepas i minum ni..dalam sekotak sehari (1 liter)..i dapati susu i kembali seperti biasa. Pergh ayat. Macam iklan kak ton pulak. Takdelah breast bengkak ke hape..tapi susu i just back as normal. Cukuplah untuk rissa..Iyer..kalau family i ke,kawan ke tanya i..susu banyak lagi? I jawab, cukuplah untuk rissa.

Apa lagi ek? Oh ya,i ada gak beli ubat homeopati untuk tambah susu. Dari fb nurza's homeopaty..carilah kat fb yer. Tiap ari i amalkanlah makan benda alah ni. Kalau sebetulnya..kena makan 3 kali sehari tapi i pulak makan ubat n bila i tak makan makanan. Susah tau makan ubat. Sebab kena makan setengah jam sebelum makan. Masalahnya i ni makan setiap masa. Makan biskut tu consider makan juga kan? And yes, mungkin juga ubat ni membantu. Oh my,banyak pulak perkataan makan kat sini. Faham tak apa yang i maksudkan? Erk..kalau tak faham,sila komen nanti i explain..kikiki..

I ni kan memang tak semangat sangat nak makan supplemen bagai. So kalau nak tanya apa supplemen i makan tu memang takdelah jawabnya. Tapi i cuba gak..minum banyak air,makan banyak-banyak untuk rissa. Syukur setakat ni i takde pulak penat sangat walaupun tak cukup tido. I ok jer. Kalau badan penat,i paksa hubby urut almost tiap malam jugaklah. Kalau dia tak nak, i buat muka kesian sambil cakap..please sayang please..5 minit jer..(walaupun selalunya lebih dari 5 minit) Thanks sayang.. 

Ok uolsss..mak jemah nak keje ni. Babai.. :)