Saturday, 4 May 2013

Anak jatuh katil

Argh..tak kira orang nak cita pasal undi ke apa..i nak cita pasal rissa jugak. Tadi i bawa rissa masuk bilik lepas dia mandi. Nak tidokan dia. Tapi dia tak nak. So i baringkan dia kat katil.

I pun baring sama dengan dia. Then i capai hp,ingat nak pasang video kartun untuk rissa. Tetiba dia berguling terus bedebuk jatuh.

I sangat cemas. Terlompat i dari katil dan tengok dia dah terbaring. Mata dia bulat pandang i. I pun pandang dia.

Tuhan janganlah Kau ambil anakku. Aku tak sengaja. Maafkan aku. Maafkan aku.

Sekarang ni tengah taip entri ni pun i cemas lagi. Rissa baru dah tidur. Dia nangis tadi. Tapi taklah teruk macam dia nangis time dia sembelit.

Maafkan mama sayang..mama langsung takde niat nak buat rissa sakit. I love u..im sorry..