Tuesday, 30 April 2013

Tips memberi avocado untuk baby

Hai.

Kat entri sebelum ni..ramai gak mommies yang kurang tahu camna nak bagi baby avocado ni. Untuk pengetahuan.,avocado sangat berkhasiat. Baik untuk otak baby. Dan dia ada lemak yang baik juga. Macam salmon. Ada good fat gitu. Since i belum berani nak bagi rissa olive oil,i bagi dia avocado dulu. Yela,dia baru je 6 bulan kan? So..meh i share sikit apa yang i tahu. I dapat ni semua hasil google,blogwalking dan youtube.

Jenis avocado. Ada dua jenis. Satu bulat. Satu lagi bujur.Yang bujur ni dia cam labu sayong gitu. Tu hah. Kat gambar i ada tandakan avocado bulat. Apa bezanya? Avocado bulat,bila masak kulit dia akan jadi warna hitam olive gitu. Yang bujur pulak,bila masak, kulit dia tetap hijau tapi kalau kita picit,kita boleh rasa lembut.

I prefer avocado bujur sebab i takut tengok buah warna hitam. Nak tahu avocado tu elok ke tak..bila kita buang benda kat atas dia putih cantik,maka eloklah avocado tu. Sila refer gambar dan jangan nangis tengok i edit macam apa ntah.

Nak check sama ada avocado dah masak ke belum ialah dengan press it gently guna palm kita. Tapak tangan tau. Bukan hujung jari. Rosak pulak avocado tu kalau uolss picit nanti.

Cara i,i selalu beli avocado yang paling keras (belum masak),pastu i peram dalam tong beras. Pastikan keseluruhan avocado diselaputi beras. Lepas 4 hari,confirm avocado tu masak. Jangan simpan dalam peti sejuk. Nanti sampai ke sudah avocado tu tak masak.

I selalu beli avocado di giant. Kalau weekend,kadang-kadang giant buat promosi sebiji avocado rm3. Kalau kat tesco,avocado rm5 sebiji. I sentiasa beli dua biji,takut 1 rosak,at least i ada extra sebiji.

Oh ya. Avocado tak perlu dimasak dan ianya cepat lebam macam apple. Jadi kena prepare cepat-cepat. Lepas prepare,terus bekukan. Nak prepare dia senang jer. Belah 4 avocado tu,keluarkan biji dia pastu terus tanggalkan avocado dari kulitnya macam uols biasa makan oren sunkist tu.

I selalu mixkan avocado dengan pear. Rissa kena selalu makan pear,baru dia poopoo. Selalunya..i akan rebus pear dengan sikit air. Bila pear dah lembut,i blend pear sekali dengan air rebusan dia. Pastu i masukkan avocado. Blend hingga sebati,masukkan dalam bekas ice cube,terus bekukan.

I baca kalau handle makanan anak yang nak dibekukan,kena cepat. Tak boleh lebih dari sejam untuk elak makanan tu tercemar.

Rasanya takde apa lagi kot. Nanti rissa besar sikit,boleh makan avocado dengan yogurt pulak. :)