Sunday, 21 April 2013

Puree bananacado

Hai.

Ini 1st time mak jemah nak update guna note ni. Hihihi..
Nak cerita pasal solid food rissa. I suka bagi rissa avocado sebab ia baik untuk otak. Setakat ni dah dua kali bagi dia avocado. Dia suka aje..sebab i campur avocado dengan buah lain macam pear..pisang dan epal. Kalau makan gitu je,memang tak sedap langsung.

Masa nak buat bananacado ni..i excited suruh hubby ambik gambar. Ingat nak tunjuk ajar cara senang camna nak potong avocado tapi baru jer potong....i dah terpotong jari sendiri. Hadoi. Dahlah pisau tu tajam baru dua kali guna. Hubby dah bebel..tengok.kan dah luka.. yang i pulak,bila tengok darah banyak dah gelabah cepat-cepat ambik garam lumurkan kat jari. Tapi darah masih menitik. I awal-awal dah jauhkan jari i dari avocado rissa. Yelah..tak pepasal jadi ratu bersiong pulak kang..menangis mak kau ni nanti.

Hubby pegi kat peti ais. I tengok darah dah takut. Camna ni? Darah tak nak berhenti ni. Kata si isteri lalu mulalah kepala berdenyut,pandangan berpinar,tekak loya.

Saya nak pengsan. Sambil duduk picit kepala pejam mata. Dramaqueen sungguh.

Last-last hubby suruh i tuam dengan ais dan tampal plaster. Walaupun jari sakit lagi,i sambung masak-masak.

Hasilnya? Puree yang sedapppp sangat tapi rissa tak suka. I baru bagi sesudu,dia dah muntah dengan banyaknya. Pastu tutup mulut rapat-rapat. Tiga kali bagi,pun gitu. -.-

Nak tahu apa anak dara tu suka? Pear,apple,carrot. Kalau benda manis sangat..dia memang tak suka. Takut gigi rosak lettew......walaupun takde gigi. Hihihi..