Saturday, 6 April 2013

happy 6 months old tia clarissa

hai.

6 april,genaplah rissa 6 bulan. perkembangan rissa, dia dah pandai meniarap,telentangkan diri sendiri,pastu pandai berpusing 360°,angkat badan sendiri sampai perut (ala-ala pumping time bersenam tu).

oh,dia tau main baa baa chak!

bila kita cakap minta kiss dan letak pipi kita kat mulut dia,dia reti kiss. iye,dia kiss. biasanya kalau letak benda kat mulut,dia akan hisap,tapi kalau letak pipi,dia sentuhkan bibir dia je kat situ.

rissa dah makan.dah bagi keledek,epal dan labu.hasilnya,dia sembelit teruk sebab labu. nak cerita panjang lebar ye.

khamis.petang i balik,rissa tengah nak membuang.punyalah susah.menjerit-jerit dia nangis.yang kuarnya,seketul kecik je.

jumaat.lepas lunch break,suami sms cakap rissa nangis lagi time nak meneran.i terus balik,hantar rissa ke columbia.sampai kat sana,doktor razlina takde.so,pegi je emergency.

masa kat emergency,rissa dah nangis. sedih sangat i tahu tak? rissa tak pernah nangis gitu,kecuali time dia masih sangat baby dulu. i cuma dapat cakap, sabar rissa.anak mama strong kan..kuat kan..

i sendiri dah rasa nak nangis.omg sayang.kesian sangat..bila doktor sampai,dia boleh tanya..u hantar anak pegi sini sebab dia sembelit je??? i rasa cam bengang sangat. i tahulah sembelit tu normal tapi takkan i nak duduk je tengok anak nangis sambil cakap, alah,normal je tu.

dahlah caj sampai seratus,pastu kau tergamak cakap gitu? i banned terus columbia asia nusajaya ni. sakit hati. aku ni bayar untuk servis kau,kau layan aku macam taik??! nasib staff dia layan i dengan baik.apapun,tak nak i pegi situ lagi kecuali i pregnant lagi sebab doktor rajesh,o&g kat situ ialah doktor yang paling baik ever tau.

lepas diberi enema,rissa dapat gak berak.itu pun seketul je dan berdarah.hancur hati i.masa ni,i memang doa sangat,tolonglah bagi i yang sakit.tolonglah jangan bagi rissa sakit. :,(

ok lah.itu je nak cerita.sekarang,i tetiba rasa serik nak ada baby lagi.i tak sanggup nak berdepan dengan anak sakit.kesian sangat.



gambar ambik pagi tadi.kebanyakan gambar dia bergerak.susah nak ambik.

oh ye,sape ek yang komen kat entri giveaway tu?liyana kot..yang tanya camna nak buat gambar kat centre bila upload pakai bloggeroid? jawapannya,i pun tak tau. wakaka. i update,dia automatik ke tengah..

p/s : giveaway i terbuka lagi tau.joinlah.. :)
posted from Bloggeroid