Sunday, 14 April 2013

bye bye mamypoko

hai.

sejak rissa lahir,95% daripada diapers yang dia gunakan adalah mamypoko.jarang sangat guna brand lain.sebab i tahu mamypoko ialah diapers terbaik ever.dan termahal jugak. T__T

sehinggalah suatu hari,mamypoko rissa hampir habis,i dan papa rissa pegi lah ke giant.sampai je mamypoko takde sale.pack yang ada 48 keping tu,rm43 kalau tak silap.pergh!sedangkan kalau ada sale rm30 je.makanya,i tak nak merugikan diri.i pun pilih diapers ini.



ini yang dia tulis keistimewaan dia.





i beli super jumbo pack saiz m.ada 66 keping.harga dia rm37 je murahkan?yang i suka pasal babylove ini ialah daya serapan dia sama je macam diaper yang rissa guna sebelum ni.cutting dia lebar sikit dari mamypoko tapi sama panjang..pendek kata babylove ni takde beza sangat pun dengan mamypoko cuma dia murah sikit.kalau tanya i,sekiranya kedua-dua diapers ini berada pada harga yang sama,i pilih babylove.

permukaan kering bila basah,pelekat dia pun ok.bukan jenis plastik.







yang kureng sikit pasal babylove ialah bila dah penuh,dia cenderung mengembang.tetiba montot rissa besar semacam.hehe.tapi taklah teruk sangat.



last sekali,tepek muka si pemakai yang berpuas hati.pasni nak try growing pants babylove..

posted from Bloggeroid