Saturday, 2 March 2013

stroller oh stroller

Satu-satunya barang baby yang i tak beli adalah stroller. Sebab mak i bagi adik i punya. Masalah i dengan stroller ni adalah ianya takde seat belt,posisi dia ada 2 je (fully recline dan duduk),tayar depan dia tak boleh swivel..fuh.tau tak betapa seksa i nak tolak troli ni? Asyik tersadung kat kaki je.

So i nak cari stroller baru. Ciri-ciri wajib stroller tu ialah :

Handle tinggi.
Tayar tak bergegar-gegar masa kita tolak.
Padded selesa.
Tak bulky.
Sesuai untuk baby yang large frame - sebab ni terpaksa reject combi.yelah,dia buatan jepun.sesuai untuk fizikal jepun yang comel je.rissa takdelah besar sangat tapi stroller nak pakai lama kan?

Maka i niat nak beli maclaren quest. I suka sebab body dia yang sangat stabil tu. Tayar boleh pusing sana sini. Stroller ni tinggi. Tapi harganya RM999. Suami cakap mahal. I tak kisah pun. Hehe.

Arissa ialah hobi i. Jadi spending duit untuk dia ialah benda yang i langsung tak kisah. Macam orang yang hobi dia shopping. Sanggup berhabis beli handbag,make up yang beribu. I pulak sanggup berhabis beli barang anak.

So, akhirnya tadi kami pegi ke otakibaby. Dengan niat nak beli maclaren quest. Nanti i update dan review apa yang i dapat ya..
posted from Bloggeroid