Saturday, 23 March 2013

Review mom and baby expo jb



Hai.

Semalam i dan suami pegi mom and baby expo kat danga city mall ni. Kami pegi masa lunch break. Sampai kat sana,jalan memang dah jem..orang pun ramai sangat.

I pulak teruja!!

Cam biasa,masuk je collect goodie bag dulu. Kali ni barang tak best. Dapat minyak tyt sebotol dan travelling pack toiletries baby kiko. Booth lain takde yang bagi free gift sangat pun. Hmm.

I rasa expo kali ni kecik dari masa i pegi tahun lepas. Banyak booth yang jual barang yang sama cam romper carters..alaa,benda yang mostly suma org jual secara online tu.

Diapers yang terlibat pulak ialah drypers,diapex,pet pet dan baby love. Baby love murah giler ok. 2 pek biasa berharga rm40 je. Baby love ni elok. Kadar serapan dia lebih bagus dari mamy poko tapi dia tebal. Jadi i malas nak beli.

Booth kegemaran i ialah booth bebe. I beli 6 pasang baju dan sepasang kasut kat sini. Dress dia suma ada 30% discount. I beli 2 dress. Oh ye,kalau nak tahu, bebe dan suma brand under bebe ni ialah brand kegemaran i sebab material baju dia adalah bagus dan harga pun ok.

Apa lagi ye? I ada beli gyro bowl,stokin gap yang berharga rm2 je sepasang,berus botol basilic..oh,dan i ada beli patung mypillowpet untuk dua orang anak kawan i.



Lembut patung ni. I suka. Ingat nak beli untuk rissa tapi dia tak reti main patung lagi.

Ok,tu jelah review i. Takde banyak gambar sebab orang banyak sangat dan tangan i penuh plastik. Total i spend ialah rm300.. (lupakan jelah niat nak beli handbag baru)

Ok,bye.

posted from Bloggeroid