Sunday, 3 March 2013

Review halford flitlite stroller

Hai.

Dah janji kan nak review pasal stroller baru rissa. Walaupun niat nak beli maclaren tapi SA tu boleh pulak pujuk dan yakinkan i yang flitlite ni sama je macam maclaren quest. Dia siap cakap membazir je beli mahal-mahal. Ok fine. I tergoda.

So,ini review i.

Harga. Sangatlah berpatutan kalau nak dibanding dengan kualitinya. RM419,ok la kan.

Berat dia 7kg. Tak la seringan combi tapi bolehlah. Tak berat sangat. Pastu dia boleh bawa berat up to 18 kg.

Tinggi. Handle dia sesuai dengan ketinggian kami suami isteri. Yeay! Takde kes asyik tersadung kat tayar lagi.

Tayar depan boleh pusing-pusing. I sangat suka. Senang nak tolak dan pusingkan stroller tu.

Ada 4 recline position. Boleh baring flat, sampailah duduk tegak. Pastu nak tukar kedudukan ni pun senang sangat. Tekan sikit je button kat tepi dia.

Tak boleh facing kita tapi ada ruang peekaboo. Boleh tengok muka baby all the time.

Senang nak buka tutup. Memang senang giler ok. Suami i,sekali buat je dah pandai. I lagilah pandai sebab SA dah ajar. Hehehe..

Kat tepi dia ada side ventilation system. Kat malaysia kan panas. Jadi,kat bahagian tepi stroller ni,ada netting yang kalau kita buka zip dia,udara boleh masuk,pastu baby boleh nampak benda kat tepi dia. Hah,yang ni rissa suka. Bukan main lagi dia jeling sana sini. Ni time baby baring ye.

Dahlah tu kot. Kang lebih-lebih i puji,uols cakap i promoter pulak. Oh ya,lupa nak cakap. Stroller ni jenis umbrella fold jadi tak makan ruang bila nak simpan.

Yang i tak suka ialah seatbelt dia. Cam besar sangat pulak. Pastu basket dia tak boleh access kalau tengah fully recline. Takde tempat untuk letak air. Takde penghadang kat depan.

Meh tengok model stroller.














posted from Bloggeroid