Thursday, 14 March 2013

MyBBstore yang best

Semalam dalam 3 petang,i beli sikit barang rissa. Yelah,anak dah nak masuk 6 bulan ni,banyak benda kena tukar kan? Pacifier,botol,puting..pastu kena beli mangkuk dan sudu dia lagi..

I beli kat mybbstore. Tengah hari tadi,sebelum lunch break,barang sampai. Fuh,memang excellent gila ah. Semalam order,arini sampai.







Tadaaa! Ni la suma barang yang i beli. Cantik kan kotak dia? Hujung bulan ni ada baby expo kat JB,hah..time tu beli lagi..

Lupa lak,kalau nak beli barang baby online,i memang suggest mybbstore ni sebab servis dia laju. Pastu,kalau takde stok,cepat je diaorang call dan tukar barang. Taklah macam satu lagi online shop tu. Tengok kat internet,suma available. Alih-alih takde stok. Pastu tunggu berhari-hari baru call nak cakap takde stok. Grrr!

Lagi satu,dia selalu buat sale. Aww,mak suker!

Sebenarnya handbag i dah rosak. Ingat nak beli handbag baru. Tapi lepas beli barang anak,tengok baki duit dalam akaun..pastu congak-congak nak beli apa time expo baby nanti..hmm..takpelah. I pakai je beg yang kawan i beli kat vietnam tu dulu. Beli barang rissa lagi best.

Ok. :)

posted from Bloggeroid