Wednesday, 6 March 2013

Little one dah 5 bulan

Macam tak percaya. Tak lama lagi dah nak sekolah dah anak kesayangan ni. Pastu nak kawen. Uwaaa.. You'll always be my baby.. :,(

Rissa dah pandai apa?
Hmm,dia boleh kawal kepala dengan baik. Takdelah asyik bergoyang-goyang seperti lalang ditiup angin.

Kalau i bersin atau terbatuk,dia boleh tenung je muka i,pastu terus mencebik nak nangis. Hehe..

Masa tidur,dia lasak sangat. Sekejap-sekejap,i tengok dia mengiring ke kiri. Pastu ke kanan. Pastu tertiarap. Pastu terlentang. Risau tau. Takut dia tido tertiarap dan tak dapat bernafas. Sekarang asyik menyesal kenapalah i tak beli tilam yang clevermama tu..

Tadi pegi klinik. Rissa kena suntik. Tak nangis dia. I pulak yang takut lebih. Berat naik,semua ok. Yang i terkilan sangat..

Nurse suruh bagi rissa makan. Hmm. I kecewa tau tak? I takdela ekstrem sangat (eh,ejaan ekstrem memang cenggini eh?) tapi agak-agak la kan. Pastu suruh bagi bubur,ayam,sawi,daging suma. I tak boleh terima bila nurse tak aware tentang apa yang patut dan tak patut diberi pada baby.

Then i tanya boleh bagi telur tak? Dia jawab boleh. Hmm,setahu i sebelum anak setahun kena bagi telur tapi takdelah nak bagi dia time belum masuk 6 bulan.

Itu kat klinik. Kat rumah pulak i stress dengan orang yang beria nak ajar rissa berjalan. Bukan main lagi suruh naik walker. Pastu tak bagi rissa meniarap atas alasan takut dia sakit dada. Maknya ni yang sakit dada menengok benda camni.

I tak cakap i sangat pandai tapi i jenis yang..ok,kau dah ada anak sendiri dulu kan? Kau dah ada peluang jaga anak kau, sekarang bagi aku jaga anak aku pulak..kalau rasa nak jaga baby ikut corak kau,sila buat anak sendiri.

Sekian.
posted from Bloggeroid