Thursday, 7 March 2013

Kesan kena inject 5 bulan

Fuh,lama giler tak taip entri kat pc..

Nak citer. Selasa lepas (5 Mac), rissa kena cucuk 5 bulan.Pastu nurse nak bagi ubat kat i, i cakap tak payah lah.Nurse kata balik rumah terus bagi ubat. I jawab jer..baiklah..

Then malam tu,masa rissa nak tidur, dia meragam. I dah mandikan dia,dukung dia,dodoikan dia dari pukul 5.30 petang sampai pukul 8 malam,dia tak tidur lagi. Merengek je. I dah start nak geram jugak. Bila teringat yang dia kena suntik siang tu, barulah i sabar jer. Last-last dia tidur atas badan i.

Lepas rissa menyusu dalam pukul 2.30 pagi,i perasan dahi dia ada panas sikit. Suami pulak keja malam. Adakah i panik? Huhu. Taklah. Dalam hati i lega jugak sebab i tahu badan rissa sedang berusaha melawan vaksin yang dimasukkan dalam badan dia. Untuk menghasilkan antibodi. Correct me if im wrong ye..

I cari termometer, check suhu dia. 36 darjah celcius. Suhu normal.
Pastu cari tuala kecil, tuamkan kat dahi rissa.
Dia terkejut tapi nasib tak terbangun.
Cuma i kena berjaga dari 2.30 pagi tu la..sebab anak dara tu kalau tido asyik nak meniarap jer. Nanti jatuh pulak kain yang i tuam tu. T_T

So apa i buat sambil jaga rissa?

I tengok primadona la uolssss...yang ada zain saidin tu. Kat youtube. Tengok pun kat hp jer sambil dengar kat headset..Dah ada anak kan?Takde maknalah i nak tengok tv secara live. Asyik-asyik tengok baby tv..

Dah pukul 6 pagi, i check rissa ok sikit. I direct feed dia kerap gak.Tiap sejam sekali. Yelah,susu ibu ni kan banyak khasiat, maka i bagilah dia susu banyak-banyak. Nak bagi ubat,memang taklah. Ubat tak elok diberi untuk anak bawah 2 tahun, unless terpaksa dan mesti di bawah arahan doktor paediatrik.

I tengok dia nampak ok jer. Badan dia tak panas. Dahi jer panas suam-suam kuku. I pesan kat MIL, pastikan bagi rissa mandi. Supaya panas kat badan rissa tu keluar. Tengah hari pun kena lap badan rissa kalau cuaca panas. I pakaikan rissa baju nipis. Dan beri rissa susu macam biasa.

Tapi kalau rissa tetiba tak aktif, asyik nangis, muntah-muntah, panas yang amat sangat...cepat-cepat call i supaya boleh bawa jumpa doktor terus.

Tengah hari tu i call, mil cakap dahi rissa masih panas sikit tapi dia ok jer. Cuma dia cam kurang menyusu. Kena susukan dia setiap sejam instead of 2 jam sekali cam biasa. Syukurlah mil memang cukup sabar melayan rissa..kalau pengasuh,i pun tak tahu camna..

Petangnya bila i balik,rissa dah ok.. Syukurlah.. Tak perlu i bagi dia ubat.

Apa yang i nak cakap kat sini, sebagai seorang ibu, kita kena ambik sebanyak mungkin maklumat. Jangan dengar cakap orang jer. I pun tak sepandai mana tapi tulah....usahalah yang terbaik untuk anak kita dan yakinlah dengan apa yang kita buat tu.