Wednesday, 13 March 2013

Isk,tak sanggup!

Hai.

Tadi i join satu kursus komunikasi. Selalunya i memang tak suka segala benda alah kursus ni tapi sebab nak cukupkan kuota 7 hari..terpaksa. Dahlah tak boleh main internet,takde tempat caj hp,susah nak pam susu,tak cukup makanan..grr! Tak suka kursus.

Penceramah tadi namanya Pak Abu,dari Intan. Orang gomen tau kan intan tu apa..nak citer sikit benda yang dia cakap yang bagi i kesedaran. Fuh,cakap dia memang menusuk terus direct dalam diri i ni.

Dia kata, tiap malam sebelum tidur,jenguk dulu anak-anak. Pastikan dia tak tidur dengan benda merapu. Contoh,sebelum tidur,dengar lagu ke,tengok tv ke..macam i,sebelum tido,tengok instagram. Huhu.

Tidur ni kan seumpama kita dimatikan. Dia kata, sanggup tak kita sebagai mak bapak tengok bila anak kita mati,benda terakhir yang dia dengar/tengok,adalah hiburan dunia??







Tengok gaya dia tidur. T.T
posted from Bloggeroid