Wednesday, 27 March 2013

First time buat makanan anak

Hai.

Entri panjang lebar ye. 6 april depan,rissa masuk 6 bulan. Sepatutnya i plan nak bagi dia makan masa tu. Sepatutnya minggu ni i plan nak beli periuk untuk masak makanan rissa. Sepatutnya.

Semalam masa i balik kerja,mil cakap rissa tetiba kuat menyusu. Dia menyusu sejam sekali. Dengan maknya yang kais pagi makan pagi ni,memang i risau sangat kalau rissa lapar.

So i cari kat dapur,jumpa sweet potato. Suami punya. Niat i nak bagi avocado dulu tapi guna jelah apa yang ada. Nak bagi bubur,i takut dia sembelit. Usus dia pun tak kuat lagi kan...

Lepas rissa tido,i stimkan sweet potato tu sebiji. Pastu cuci semua benda yang i akan guna untuk buat puree. Paling penting,sebelum tu,google resepi puree dulu. Huhu. Dah masak sume,jadilah gini.



Then i masuk blender avent. Ingatkan blend gitu je. Rupanya kena tambah air. I tak tahu nak guna air apa,i guna air mineral. Yela,benda tak dirancang. Dah masuk air,baru dia nampak cantik. Tapi i tak buat cair sangat. I ingat nanti time suapkan rissa,baru tambah air lagi.



Pas siap blend,i tapis. Walaupun i rasa dah cukup halus tapi tapis jelah. Sebab kat group hsffb memang cakap semua makanan baby kena tapis sampai dia 7 bulan.



Comel tak? Ngee. Benda alah ni ialah 7 in 1 food processor. Brand anakku. Boleh ajer beli penapis biasa tu tapi benda ni comel. Macam mainan masak-masak i time kecik dulu. Senang nak bawa masa travel.

I sebenarnya ada beli ice cube tray yang kat giant tu tapi i rasa macam susah je nak cedok puree tu dalam tray. Almaklum,orang jarang kat dapur,jari memang keras sikit. Nasib blender ni ada free storage cup. Senang ada storage cup ni. I letak puree dalam sesudu besar, nanti kalau nak bagi rissa,panaskan aje terus dalam storage cup dan suap. Itu plan i.

Bubur nasi? I bagi masa rissa 7 bulan nantila. Buat masa ni,i bagi dia sayur dan buah dulu. Ayam dan ikan,tunggu dia 8 bulan la. Plan i,untuk permulaan,i bagi dua kali makan dulu. Nanti lepas i bagi bubur,baru i bagi tiga kali makan.

4 days rule? I tak ikut kot. I nak ikut poo poo rule. Bagi je rissa makanan yang sama sampailah dia poo poo. Budak ni berak seminggu sekali. Kalau dia berak tiap-tiap ari pasni, baru i ikut 4 days rule tu. I berazam nak masak sendiri untuk rissa sampai dia 2 tahun. Semua homemade food. No sugar,no salt. Doakan i ye..

Hasil puree?





I dapat 6 bekas. Untuk tiga hari. Dua bekas i letak kat chiller. Yang lagi 4,i bekukan. I baca kalau puree letak kat freezer,tahan 3 bulan. Tapi i letak paling lama 5 hari je kot. Tambah pulak peti ais kecik gini. Letak ice pack je pun dah penuh.

I letak ye apa i nak bagi rissa. Memula ni i bagi sweet potato. Pasni masukkan pear-pumpkin-banana-apple. Takat tu jelah.. Apapun,i seronok gila main masak-masak ni.

Take care uols. Nanti i buat entri rissa makan pulak ye..

posted from Bloggeroid