Sunday, 31 March 2013

Bagaimana mula perkenalkan solid food pada baby?

Hai.











Sebelum start,tepek gambar anak dulu. I cuba taip guna perkataan penuh dan tanpa singkatan ya. Cuba.

Sebelum bagi rissa makan,i banyak sangat membaca. Google sana sini. Cari entri pasal makanan mommies yang lain. Last-last,i decide sendiri cara i nak bagi rissa makan.

Bermula dengan makanan. I rasa paling elok i bagi dia sesuatu yang tak manis sangat dan mengenyangkan. Jadi i pilih sweet potato. I stim keledek itu dan buat puree. Sekali buat,i terus buat stok empat hari. Empat hari pertama, i bagi satu kiub puree tapi rissa nampak masih mahu. Maka,lepas empat hari,i bagi dua kiub.

Tiap ari,i cairkan puree yang i bekukan di bahagian chiller. Bila sudah cukup masa,i didihkan sikit air dan tuang pada puree. Jadilah puree itu suam-suam kuku. I tak nak bagi puree panas pada rissa sebab nanti masa nak suap,kita end up tiup jugak makanan tu.Tak elok kita tiup-tiup makanan ni. Nanti air liur ke,nafas ke,apa-apa yang berkuman pada kita terkena makanan anak,tidak elok kan?

Bila rissa sudah pass makan keledek,i perkenalkan buah pada dia. Mula-mula,i bagi epal. I potong kecil dan stim epal itu. Kemudian lenyek-lenyek guna penapis. Malas nak blend. Bila time nak bagi rissa,i campurkan epal dengan 1 oz susu. Then letak dalam warmer.Sekarang,i bagi satu kiub epal sahaja. Nanti banyak sangat,takut dia sakit perut.

Jadual makan rissa ialah pagi dia bangun. Dalam 5.30-6.00 pagi. Tengah hari dan last sekali petang,dalam pukul 4.00. Pagi dan petang makan keledek atau apa-apa yang bersifat mengenyangkan. Tengah hari makan buah.

Kenapa bagi buah tengah hari?

Sebab mak risau budak tu sakit perut atau kembung. Lagipun takut dia tak nak menyusu nanti. Tunggu dia dah aktif,i plan bagi buah tu sebagai snack dia.

4 days rule? Ya,i amalkan 4 days rule. I dah fikir baik buruk,i nak stick kepada peraturan ini.

Memandangkan i bagi rissa sayur dan buah,i taip ye,jadual makan rissa.

Hari 1-4 : keledek

Hari 5-8 : keledek (pagi dan petang)
epal (lunch) - menu baru

Hari 9-12 : labu (pagi dan petang) - menu baru
epal (lunch)

Hari 13-16 : labu (pagi dan petang)
pisang (lunch) - menu baru

Dan begitulah seterusnya. Dengan cara ini,senang i nak monitor. Buat masa ini,inilah yang i amalkan. Tengoklah lepas ni bagaimana. Mungkin ada cara yang lagi senang,share ya?

Bye.

posted from Bloggeroid