Monday, 4 February 2013

Toiletries rissa sejak 1-3 bulan

Hai.

Kalau nak tahu,i adalah mak yang paling paranoid ever bila bercakap pasal kulit baby. Bukan kulit baby aje,kulit i dan kulit suami pun i sangat ambil kisah ok. Maka i memang akan sangat berhati-hati bila i beli barangan untuk kulit rissa.

Antara syarat produk tu ialah hypo allergenic..parabens,sls,phylates free..i memang akan baca part ingredients tu betul-betul dan kalau ada perkataan i tak faham,i akan google. Yela,kita tak patut ambil mudah tau perkara ni. Bahan-bahan tersebut adalah tak elok,boleh bagi kesan buruk pada baby.

I share dan review ye produk yang i guna untuk rissa. Oh ya,i start guna semua ni bila rissa genap sebulan. Sebelum tu,i tak berani letak apa-apa sebab kulit dia masih fragile sangat.

Mandian
I guna sebamed dan moogoo. Sebamed ni sebenarnya pun tak elok tau sebab buih dia memang banyak (i suspek dia ada SLS). Tapi rissa guna ni time mil bagi dia mandi. Just titikkan setitis pada air mandian dia.

Moogoo milk wash pulak susah nak dibilas. Tapi yang ni tak banyak buih so i berani guna banyak-banyak untuk rissa. Harga? Err,pejam mata jelah.



Losyen
Rissa ni jenis dry skin so i akan pastikan dia guna losyen tiapkali lepas mandi. Wajib. I guna sebamed je. Dapat free masa beli liquid cleaser. Sesuai dengan rissa.



Minyak angin dan minyak baby
I takut rissa guna minyak bayi yang dari mineral oil sebab tak elok. Kebetulan masa i nak bersalin aritu,kawan blogger i iaitu Cik Zanox ada bagi hadiah homemade toiletries baby so i guna ni. Dibuat dari sunflower oil.

Minyak angin lak i guna minyak yu yee. Sejak guna ni perut rissa tak pernah kembung.



Balm serbaguna
I dah cakap yang i paranoid kan? So krim-krim steroid ni i memang sebolehnya tak nak bagi rissa pakai. Bila dia ada rashes (kalau cuaca panas), i sapu je baby balm ni. Bila dia kena gigit nyamuk atau semut,i sapu ni gak. Bila muka dia calar sebab kuku dia yang tajam tu, i sapu balm ni. See,banyak guna kan?

I pun akan guna balm ni bila kena gigit nyamuk atau luka kecil. Memang berbaloi sangat beli. I strongly suggest baby balm ni.



Lepas ni,mungkin i akan bagi rissa guna brand pigeon kot..bagus tak pigeon sakura tu?
posted from Bloggeroid