Friday, 22 February 2013

Tak kesian kat anak ke?

Ada orang cakap kat i..nanti rissa mesti cepat je dah tak nak menyusu. Cam anak dia. Setahun dua bulan dah stop minum susu. Pastu dia advise bagi milo. Atau ribena. Macam anak dia gak.. I yang dengar hanya mampu senyum.

Kau dah kenapa?? Tak kesian kat budak tu? Ok,let say anak dah tak nak menyusu,kita boleh try alternatif lain kan..bagi fruit juice ke,smoothies ke..things yang kita nampak dan tahu apa kandungannya..instead of sehari 5-6 kali bagi anak tu minum milo atau ribena semata.

Bagi atas alasan budak tu suka? Ok,camna kalau dia sukaaa sangat minum arak? Kau bagi gak dan letak dalam botol susu? Dah kau bagi,memangla dia suka. Dia tu budak lagi.

I tak boleh terima kalau di zaman moden camni ada parents cakap tak tahu apa yang tak elok untuk anak. Eh,kau boleh main fb,instagram bagai..tapi tak boleh google pasal anak?

Bila takde anak,sibuk nak ada anak.
Bila dah ada anak,kau jaga sambil lewa.

Please la. Kalau kau nak bagi anak kau nestum ke,tak boleh masak untuk anak ke..tak apa. Tapi bagila anak tu makanan yang khusus untuk baby. Kesian sangat i tengok bila ada baby mati atas sebab mak bapak pejam mata je bila berkaitan makan minum anak.

Anak tu satu tanggungjawab. Please take it seriously. Jangan buat anak je pandai.