Sunday, 3 February 2013

Nak bagi anak makan pun pening

Anak baru nak masuk 4 bulan,dah nak prepare? Haruslah. Almaklumla,poket tak berapa nak tebal. Nak apa-apa,kena menyimpan dari awal. Tambahan pulak,nak sangat opinion dari mommies lain..

Antara benda yang i rasa penting ialah mangkuk,sudu,tempat letak puree,blender dan kerusi. Kerusi perlu kan? Takkan nak bagi anak makan sambil baring pulak.

Mangkuk tu i ingat nak beli brand MAM. Yang boleh tukar kaler sudu kalau panas. Takdelah mil i nak merasa dengan mulut dia untuk test suhu makanan tu nanti. Yela,kata orang,puree kena letak susu ibu sikit kan?

Blender..i ingat nak beli mini blender philips tu. I dah jumpa masa pegi aeon. Comel giler ok. Kecik aje. Harga Rm138. I tahu pasal blender ni pun dari kak Atyfared. Tapi kalau beli blender ni,kena beli tempat storage puree tu asing-asing lak..cuma yang bagusnya dia ada dua bekas blend kecik tu.

Takpun, bli blender avent. Yang ni ada storage terus. Harga dia Rm175.

Mana satu i patut beli? Penat google sana sini.

Untuk steamer,i ingat nak beli steamer kecik aje. Yang murah banyak jual kat Giant tu.

Kerusi? I dah ada bumbo seat! Huhu. Mak kan teruja giler dengan kecomelan bumbo seat ni.

Paling merunsingkan,i tak tahu nak bagi apa sebagai makanan pertama.

Syimasyaz bagi aisya makan bubur - orang kata nasi boleh buat sembelit.rissa dahla poo poo seminggu sekali.

Kak Aty bagi qaleef makan carrot - orang kata carrot boleh buat baby kembung.

(i selalu jadikan blog syimasyaz ni panduan sebab aisya tua sikit dari rissa..sama gegirl so i mejin konon-konon aisya sama dengan rissa.hehe.)

Blogger lain bagi puree apple - orang kata kalau mula bagi benda manis,nanti baby asyik nak yang manis ajer.

Adoi,pening mak nak oi!

Nanti rissa dah makan,i kena rajin gi pasar la kan..kena rajin masak..Yela,anak ni amanah untuk kita. Kena jaga elok-elok.

Tak dapat letak link blogger lain ye,i update guna hp je ni..
posted from Bloggeroid