Monday, 11 February 2013

Luahan rasa

Tak tahu nak luah kat mana. Biarlah luahan hati jadi public,janji i tak upload video nyanyi lagu ombak rindu kat public. Eh?

I sedih bila tengok anak-anak ni terfikir untuk guna duit parents dia. Sedih sangat. Dari mereka dalam perut,parents dah sara..dah beli macam-macam,sekolahkan..

Bila dah besar,time nak balik melawat parents yang sakit,boleh pulak cakap..tak boleh balik sebab takde duit. Pas parents bank in duit tambang,baru nak balik. Ada ke patut?

Kau dah besar,dah kerja..mana otak kau?? Beli itu ini ada duit,nak beli petrol tak sampai 100 untuk balik rumah,kau cakap takde duit?! Kenapa wujud orang camni?

Kenapa i sibuk? I nak duit jugak? Tak. I tak perlu itu suma. I memang perlu duit dan kalau orang bagi,i ambik tapi i takkan minta. Tak terdetik pun kat otak i ni kalau apa-apa jadi,i tak boleh balik sebab tak cukup duit dan i minta orang bayarkan. Biarlah i bergadai,biarlah i jual apa yang ada..tak mungkin i nak suruh orang tua bayar i untuk balik jenguk mereka.

I tak kata i baik sempurna. Cuma i tak lah seteruk itu. Sedih sangat tengok orang yang sangat berjasa kat i diperlakukan camni. Dan yang lebih sedih,dia sendiri percaya bulat-bulat kat anak dia yang tak guna ni. Ini bukan salah ibu mengandung. Bukan salah mak bapak mendidik. Takde parents ajar anak yang buruk-buruk. Memang kau tu sendiri being useless!

Ya Tuhan,berilah apa yang terbaik buat datukku. Kasihanilah dia. Ampunkan dosa-dosa dia. Permudahkanlah hidup dia..

posted from Bloggeroid