Friday, 15 February 2013

Cabaran bf part 2

Thanks untuk komen mommies suma untuk previous entry. Ni i sambung lagi cita.

Lepas i beli fm semalam,i pun balik. I beli enfalac a+ sebab tu fm yang paling mahal kat situ. Dalam fikiran i yang sedang terganggu tu,i fikir,paling mahal adalah paling bagus.

Sampai rumah,i pun bancuh fm. Bagi kat rissa. Masa tu dia memang tengah lapar. Hisap jari sampai berbunyi-bunyi. Dia memula hisap,pastu buat muka pelik dan keluarkan susu tu. Then i paksa lagi. Dia isap gak akhirnya..lama gak. Dalam 15 minit. Lega hati i.

Tapiii i terperasan something. Takde bunyi dia tengah menelan pun? I cabut botol dan tengok susu 3 oz yang i bagi tu tak luak langsung. I tak tahu camna dia buat gitu tanpa keluarkan air susu. Pastu tengok muka dia sengih-sengih. Sian anak mama. Tengah lapar pun dia tak nangis.

I bagi dia ebm yang i baru perah. Kejap je dia abiskan 3 oz tu...

Petang tu try bagi lagi fm. Kali ni dia lagi bijak. Dia siap sembur-sembur macam dia main air liur pulak.

Arini i nak pegi jumpa dr rajesh. Nak try ubat pulak. Jalan terakhir.


posted from Bloggeroid